Friday, August 11, 2006

Jari Terus Menari

tengah malam sunyi
ramai hanyut dibuai mimpi
ku masih berjaga lagi
minda terus berlari
bayangan silih berganti
kata-kata mencurah-curah
mataku kian merah
jari terus menari


Hakcipta Nazhatulshima Nolan.

(Terjemahan 'Fingers Keep Dancing' oleh penulis dan merupakan karya asli penulis sendiri)
Boleh lawat 'Through My Eyes' untuk versi Bahasa Inggeris.

Tiba-tiba terciptalah yang seterus ini...kesinambungannya,

Jari rancak menari
lagu diminda tak mahu henti
akupun tak pasti
kuasa apakah ini
yang kupasti
hidupku penuh warna warni
disinari sang mentari
sesekali hujan turun
mentari bersinar kembali
terbitlah pelangi
walau hanya seketika
cukup membahagiakan


Hakcipta Nazhatulshima Nolan

2 comments:

ufukhati said...

shima,

Teruskan menulis puisi. Bahasanya bagus sekali. Boleh bergandingan dengan Pn.Nor Faridah menulis puisi dwibahasa. Nanti, Insya Allah buat antologi puisi seperti antologi dwibahasa Pn.Nor Faridah.

"Menulis untuk kebaikan!"

Nazhatulshima Nolan said...

Pak Darma,
Bahasa yang digunakan datang dari hati. Saya baru bermula dan masih perlu banyak tunjuk ajar. Dorongan begini menambah keyakinan saya untuk menulis. Terima kasih.