Saturday, August 26, 2006

Kenapa Lama Tak Kemaskini Blog?

Baru sebentar tadi saya menyemak emel dari seorang teman bertanyakan khabar dan juga bertanyakan soalan di atas.

Urusan debat dan ‘public speaking’, kelas harian, selain tanggungjawab sebagai isteri dan ibu menjadi keutamaan saya pada minggu ini, walau hati resah tidak berblog.

Alhamdulilah saya sihat sahaja. Jawapannya bacalah entri 17 Ogos saya yang telah didrafkan dan hanya sempat diposkan hari ini. Semasa menaip entri ini saya berada di bilik hotel di Melaka. Beberapa jam yang lalu saya sedang membantu pelajar saya membuat persiapan terakhir untuk pertandingan ‘Public Speaking’ Piala Naib Canselor dan dalam beberapa jam lagi dia akan bertanding. Doakan kejayaannya,ya? Lawan antara seluruh cawangan UiTM di Malaysia.

Selesai pertandingan kami akan ke UiTM Johor semula untuk pertandingan akhir Debat Piala Seri Wacana yang akan bermula jam 3.30 petang.

Malamnya pula perasmian program MITEK(Minggu Terbuka Kolej) di UiTM Johor sehingga 31 Ogos.

Usahlah gundah gulana wahai teman
Penulisanku akan diteruskan
Bukankah amaran telah kuberikan
Ogos yang sibuk memang cabaran

4 comments:

ufukhati said...

Puan shima,

Selamat Maju Jaya.

hakim dirani said...

saya juga doakan kumpulan Puan Shima bejaya.

Scarlet Kingsnake said...

oo begitu rupanya. semoga berjayalah kalau macam tu. saya dah hampir2 nak kirim email minta balik yuran langganan "Dari Kerana Mata..." saya. ahahahaha! good luck!

Nazhatulshima Nolan said...

Terima kasih mendoakan kejayaan kami. Dapat Naib Johan.

Syah,
Ha..Ha..Ha..Rugi tau tarik balik langganan,pelanggan saya akan bertambah kerana hari ini saya dah umumkan kepada pelajar saya alamat blog saya. Nanti mereka tak tahu pula siapa yang bertanggungjawab memberi ide untuk meluaskan langganan kepada pelajar saya sendiri.