Monday, August 14, 2006

Mataku Berterusan Kelaparan

mataku berterusan kelaparan
menatap aksara-aksara
melambaiku untuk disantap
mindaku seakan kebuluran
lahap menikmati
juadah pelbagai rasa
kujamah semuanya
seperti tiada esoknya
bila letih ku mengunyah
jariku menari lagi


Hakcipta Nazhatulshima Nolan.

9 comments:

ufukhati said...

shima,

Jika begitu (maksud puisinya), nanti 'tuan' benar-benar menjadi penulis. Maksudnya bakal menjadi menulis yang tekal dan berjaya.

hakim dirani said...

assalamualaikum,

sungguh indah bait bait puisi ini.

salam ukhuwwah dari saya.

Nazhatulshima Nolan said...

Salam kembali Hakim dirani,
Terima kasih. Ia lahir dari jiwa. Saya baru saja berjinak-jinak dengan puisi.

Selamat datang ke blog saya.

Nazhatulshima Nolan said...

Pak Darma,
Saya pun harapkan begitu. Memang saya maksudkannya. Itulah gambaran perasaan saya. Kalau tak menulis , saya membaca. Untuk pengetahuan,saya hasilkan puisi itu sewaktu terlelap di dalam kereta dalam perjalanan dari KL ke Segamat. Tiba-tiba saya terjaga dan terus terfikirkan ayat-ayat ini dan coretkannya ke dalam buku nota saya. Saya rasa lebih kurang 5 minit je saya menciptanya. Luahan rasa...Sampai di Segamat hampir jam 1.30 pagi. Walaupun keletihan, tapi saya terus pindahkannya ke blog.

helmy samad said...

Salam.

Mudah, ringkas, bermaksud dan sedap dibaca.

Tahniah.

SitiNur said...

Nazathul,
Memang berbakat! Boleh menulis dwibahasa pulak tu.

Teruskan usaha.

Dijemput melawat blog saya. Boleh kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat.
www.wilayahsitinur.blogspot.com

Nazhatulshima Nolan said...

Helmy Samad & SitiNur,
Selamat datang ke blog saya dan terima kasih. Pandangan anda menjadi perangsang buat saya yang baru 'mengenali' siapa diri ini...

Anonymous said...

pandai nye lecturer kite ber puisi.. good job.. truskan usaha puan oke..



student diia

Nazhatulshima Nolan said...

Terima kasih. Selamat datang ke blog saya. Siapa ni?