Thursday, August 03, 2006

Ogos yang sibuk! Tapi bila yang tidaknya?

Sebelum menatap kisah Ogos saya,izinkan saya sudahi 3 hari terakhir Julai dahulu yang dihabiskan bersama keluarga.

29 Julai
12.30 saya sekeluarga sampai ke PKNS Kompleks Shah Alam untuk program bercerita sempena Pesta Buku Selangor.

8.30-11.30 malam, saya dan Minea, anak angkat Finland ke AFS Gala Dinner di Concorde Hotel. Untuk mengetahui cerita di sana , silalah ke blog Inggeris saya.
Malamnya sehingga jam 4 pagi saya menghabiskan masa di bilik hotel bersama-sama Afiqah dan Minea bersembang-sembang, melukis ,menari dan mendengar lagu. Adib dan Arif sudah hanyut dibuai mimpi.

30 Julai
Ramainya pelancong Arab di hotel ini. Rasa macam bukan di Malaysia pula. Kami sekeluarga menikmati sarapan secara buffet. Bersantai di bilik hotel sementara menunggu waktu check out jam 12 tengahari sebelum turun ke kompleks membeli belah. Adib berjalan ke Imbi Plaza manakala saya dan anak-anak ke Borders. Hampir 2 jam di Borders, banyak juga duit yang melayang dek buku-buku kami sekeluarga. Saya tak berniat nak membeli belah hari ni tapi melihatkan tawaran hebat harga ‘closing down’ Debenham telah mengubah niat saya.. Lebih kurang jam 5 petang kami meninggalkan kawasan KL bergerak ke selatan.

Destinasi seterusnya ke sempadan Muar Batu Pahat, iaitu Kg Sg Kelat, rumah Adib dilahirkan. Tidur semalam di kampung. Malam itu, tiba-tiba suhu badan Arif naik. Demam pula dia malam tu.

31 Julai
Jam 9 pagi, bergerak ke UiTM Segamat. Singgah sebentar di Tangkak, rumah Uda, abang Adib yang kedua. Sesampai di Jementah, Arif masih lagi demam. Singgah pula ke Klinik Keluarga. Hari ini masa saya dihabiskan dengan menguruskan rumah, berehat bersama anak-anak saya sehingga malam. Johor cuti hari ini.


Ogos yang sibuk

Bila menaip tajuk ini teringat saya kata-kata seorang rakan sekerja. Ketika itu saya memberitahunya tentang satu rancangan untuk menganjurkan satu program. Saya pun mengatakan yang saya akan anjurkan program tersebut apabila saya tidak sibuk. Lantas dia pun bersuara, ”Bila masanya yang Shima tak sibuk ?” Termenung sejenak memikirkan kata-katanya sambil tersenyum saya pun menjawab, “Iyalah, setakat ini memang tak pernah lagi yang tak sibuk.”.


1 Ogos
Kelas jam 8 hingga 10 pagi. Kemudiannya, terima maklumat terkini, tajuk-tajuk untuk Public Speaking Challenge 2006. Terus menyiapkan kertas kerja untuk menganjurkan program ini di peringkat UiTM Johor. Sebelum ke kelas jam 4 petang sempat bertemu PM Zaludin untuk menghantar kertas kerja dan mohon kelulusan program. Program diluluskan. Beliau seterusnya menyerahkan satu maklumat lagi untuk debat Bahasa Inggeris yang akan diadakan di UiTM Shah Alam. Tak sempat nak berbincang panjang kerana kelas jam 4 petang akan bermula.

Selesai kelas balik semula ke pejabat untuk menyediakan kelas jam 8.30 malam. Sebelum kelas bermula, saya bertemu dengan beberapa orang pendebat Bahasa Inggeris jam 8 malam untuk menentukan pendebat yang akan mengikuti program ’50 Hours Non Stop Debate’ di UiTM Shah Alam. Perbincangan belum selesai tetapi saya perlu ke kelas Kursus Kemahiran Bahasa untuk pelajar dewasa. Sesudah kelas, singgah seketika melihat pendebat Bahasa Melayu membuat latihan sambil membuat pengumuman tentang Public Speaking Challenge. Lebih kurang jam 11.30 malam barulah sampai ke rumah.

2 Ogos
Lewat sedikit ke pejabat memandangkan kelas mula jam 10 pagi. Usai kelas jam 12 tengahari, mesyuarat ringkas bersama-sama ahli jawatankuasa Kelab Debat dan Pidato untuk pembahagian tugas program Public Speaking Challenge yang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2006. Hari ini urusan untuk ke program 50 Hours Non Stop Debate’ pula. Setiap kali saya mengiringi pendebat berbagai perkara yang perlu disediakan. Pemilihan peserta. Maklumat lengkap peserta. Ini mengambil masa kerana nak dapat kepastian sama ada mereka ingin ikut atau tidak. Surat permohonan untuk kelulusan diiringi Borang C yang perlu diisi dengan berbagai maklumat. Borang mohon kenderaan. Borang kelulusan lantikan sebagai pegawai pengiring. Sambil melengkapkan keperluan di sini,perlu membuat pengesahan kepada pihak penganjur tentang berapa orang pendebat yang akan menyertai beserta maklumat lengkap mereka. Akhirnya jam 5 petang sempat juga saya berlari dan memanjat ke pejabat HEP untuk menghantar segala surat dan borang. Semuanya perlu dihantar kerana hari Khamis adalah hari yang amat sibuk untuk saya uruskan semua kerja. Kenderaan belum tentu ada. Sekiranya tiada,perlu saya fikirkan alternatif lain.

3 Ogos
Kelas 8 jam, 8-10,10-12 & 2-4,4-6.

4 Ogos
Kelas 8-10 & 10 –12. Insya Allah bergerak ke UiTM Shah Alam jam 3 petang untuk 50 Hours Non Stop Debate.

5 Ogos
Tengahari, selesai program iring pendebat ke UiTM Johor semula.
Bergerak ke PD pula untuk Seminar Persuratan danPeradaban sehingga 6 Ogos

Selain kelas seperti biasa…aktiviti sampingan saya adalah seperti berikut:
8 Ogos,malam – audition untuk peserta Public Speaking Challenge
9 Ogos,12.30-2.30pm – Semi final PSC & 5.00-6.00pm – Final PSC
10 Ogos, 9mlm – Pertemuan dengan pendebat Bahasa Inggeris
12&13 Ogos – Bengkel Penulisan di KL
15,16 & 17 Ogos – Lawatan & Debat Persahabatan ke UiTM Pahang, Terengganu dan Kelantan
19 Ogos – Ke Batu Pahat ,jemputan majlis perkahwinan
24-26Ogos – Iring pelajar untuk Public Speaking Challenge VC Cup di UiTM Melaka
27 Ogos – 3Sept – Debat Perdana di UiTM Johor

Semoga masih ada ruang untuk saya terus menulis, Insya Allah!

7 comments:

Faridah said...

Salam,

Saya gembira kerana Shima terus menulis di sebalik kesibukan Shima itu.Masa itu bukan musuh kita..jika kita sibuk bermakna kita telah tidak mempersia-siakan masa.Jika kita sibuk, ia bermakna kita masih lebih bernasib baik kerana kita masih punya pekerjaan (maka punya rezeki untuk mampu membayar bil-bil dan hutang-hutang kad kredit kita).Jika kita masih sibuk, ia satu rahmat Allah kerana kita masih bernyawa.

Marilah kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah kerana kita masih sibuk. Amin.

Teruskan menulis walaupun sebulan sekali.

ufukhati said...

Jangan lupa catatkan pantun yang dibaca di PD itu.

ALIENASI said...

kenapa tak menjengah pula blog http://alienasi.blogspot.com

Nazhatulshima Nolan said...

Pantun di PD tu bukannya ciptaan saya,saya hanya menyampaikannya.

Akhirnya bertemu juga saya dengan pengunjung blog saya,tetapi tak dapat pula bertemu sebelum Pak Darma pulang. Ingatkan nak minta tandatangan di puisi dalam Manuskrip Luka Bangsa, rupanya Pak Darma pulang awal pula.

wan a. rafar said...

Ini bukan kunjungan pertama saya. Saya mengetahui blog ini dari sahabat saya Darma. Saya suka membaca pengalaman anda. Teruslah menulis walaupun dalam keadaan sibuk.Itulah cabaran. Dan selalunya, orang yang dapat mengatasi cabaran, itulah orang yang mendapat kejayaan sebenarnya.

Nazhatulshima Nolan said...

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan memberikan komen dan galakan. Insya Allah saya akan terus menulis.

Anonymous said...

Salam k. Shima,
Ini Aisyah, pensyarah baru di APB, ingat kan? Pertama sekali, lepas baca blog tentang debat, saya rasa bersalah pula. Hari tu K. Su kata k. Shima nak jumpa, tentang debat, tapi saya mc sebab demam. Hari esoknya saya nak ke bilik, tapi akak sibuk pula. Lepas tu saya jadi terlupa, dek kerana sibuk nak konvokesyen dan kerja-kerja freelancing yang agak banyak waktu tu. Sampai sekarang terbaca blog baru teringat :-( maaf sekali lagi ya. InsyaAllah, kalau perlu apa-apa bantuan, bagitau saja ya?