Wednesday, August 30, 2006

Ulang Tahun Perkahwinan Abah dan Mak

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke 39 kepada
Haji Nolan bin Nani dan Ungku Hamidah Bte Ungku Abdullah

Ibu bapa saya selalu terlupa tarikh perkahwinan mereka dan juga tarikh lahir mereka. Bila saya telefon Mak dan Abah untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun,dia akan bertanya,"Oh, hari ini ya?"

Melalui telefon dia berkata,"Mak tahu, selalunya nanti Shima akan ingatkan."
Nanti saya bertanya pula,"Mak ingat yang ke berapa?"

Selalunya perbualan telefon kami akan berkisar tentang maklumat terkini saudara mara di Batu Pahat dan penyampaian Mak memang kebiasaannya sungguh rinci. Mak saya memang suka bercerita. Abah pula agak pendiam orangnya. Walaupun mereka berbeza personalitinya, saya doakan jodoh mereka kekal sepanjang hayat hingga ke akhirat. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Puan,beruntung ibu dan ayah puan kerana dikurnai anak seperti puan.Tidak ramai yang saya temui begitu. Salam.

Anonymous said...

Shima,
Saya doakan u dan Adib juga sentiasa berbahagia. Dah saya tinggalkan sepaket kebahagian untuk berkongsi 4.