Friday, October 06, 2006

Santai di Secret Recipe

Sehari sebelum Ramadan sedang saya bersembang-sembang dengan Mak,dengan spontan saya bersuara,"Jom kita pergi Melaka nak?" "Kita ke Mahkota Parade."

Mak dan Abah yang pada asalnya sedang bersiap-siap untuk balik ke Batu Pahat langsung mengubah rancangan mereka.

Maka memandulah saya ke Melaka untuk meninjau beg tangan dan kasut raya untuk mak dan anak-anak. Selepas lebih kurang satu jam setengah memandu,sampailah kami di Mahkota Parade. Destinasi pertama ,memandangkan perut masing-masing telah 'berorkestra' adalah ke tempat kegemaran kami iaitu di Secret Recipe.




Arif Nukman dengan hidangan fish and chips

<

Afiqah Nadzirah sedang menikmati Irish Lamb Stew.



Menu pilihan saya -Tomyam Spagetti dan air Apple Kasturi




Setelah 'orkestra' berhenti, acara santapan seterusnya adalah di kedai buku MPH. Saya membeli beberapa novel untuk saya ,Afiqah dan Arif serta satu buku masakan untuk mak.

Acara santai terakhir,mencari beg dan kasut untuk Mak. Terlalu banyak pilihan. Rambang mata jadinya. Sudahnya,pembelian ditangguhkan lalu kami ke Giant untuk membeli beberapa keperluan untuk bershahur.

Sekembalinya ke rumah, Adib yang tadinya menyertai pertandingan golf bulanan di Segamat Country Club sudah pun berada di rumah. Saya terus bertanya,"Macam mana?" "Menang?" " Dapat apa?"

Adib menjawab,"Tempat keempat,dapat jam tangan Casio."

17 comments:

neomesuff said...

I lurve Secret Recipe - my favourite menu is the one with chicken kebab and rice - last 10 years when they're new ( that time in PJ ) - the rice was tastier and more - nowadays shikitt aje ;) - i'm thin but i eat a lot - another favourite there - oreo cheese cake yum yummm

Scarlet Kingsnake said...

hmm.. tak boleh jadi ni. SR dekat je ngan umah saya nih. malam ni saya pegi la kot. geramm je baca menu yg ditulis tu. gambar tak tgk..saya pejam mata masa tang gambar. ahahaha..

Nashé Abdillah said...

Alahai...kat Dungun ni takde Secret Recipe ah...Tension ler macam ni :) Nasib baik tak terliuh tengok-tengok gambo makanan tu bulan posa ni. Mengancam betul...!

Nazhatulshima Nolan said...

Normi,
Pernah rasa sekali, tapi tak berapa suka yang ini. Dah pernah cuba tomyam spagetti tak? Hari tu makan juga yang terbaru,Caramel Almond Cheese,mmmm....
Tak sempat nak balas emel lagi. Nanti ya?

Syah,
Seronoklah SR dekat je. Masa duduk di Shah Alam 3 tahun dulu, jalan kaki je ke SR. Rasa macam nak buka cawangan SR je di UiTM Johor ni.

Nashe,
Maaflah buat kempunan...nanti kita buat perjumpaan pengunjung blog Dari Kerana Mata di SR, nak?

azim said...

salam kenal .....

Nazhatulshima Nolan said...

Sdr Azim,
Selamat datang.Salam perkenalan kembali. Adakah anda 'Dingin' atau jumpa saya di blognya?

dingin said...

azim teman aku,

itu aja,

...

comel sekali budak2 nya..

hik

Fulltime Mom said...

My kids suka Secret Recipe nye cake, tapi bulan2 puasa cam nie, lepas dah buka, tak dan lagi nak makan. Syah, nanti belanja SR ye?

Nazhatulshima Nolan said...

Dingin,
Selamat datang. Terima kasih.

Fulltime mom,
Selamat datang juga. Agaknya siapa ya? Kemungkinan besar ahli Teraju ? Sudah lawat blog anda dan mungkinkah anda, M**? Betul tak? Kalau betul kena belanja SR. Hi ! Hi!

Anonymous said...

shima, aku duduk je SR tapi tak pernah lagi makan kat SR. hehehe...

Nazhatulshima Nolan said...

Untuk makluman semua, SR di UiTM Johor bermaksud Sempana Riau,iaitu nama salah satu kolej siswa yang merupakan nama keris.

Untuk Y***n,
Bukalah cawangan SR di SR!

Scarlet Kingsnake said...

ahahahaha!

FullTimeMom tu kak M** le tu! yang ala2 Storm X-Men tu. ahahahaha! wokeh! nanti saya belanja SR. SR di SA ke SR di BBB? ke Su**** pun ada SR? pergh! bahasa kod je skrg ni!

Shima,

Ya*** tu kalau u nak tahu, mmg asalnya bercita2 nak jadi chef tuu. tahu masak ke tak saya tatau la pulak. tapi yg penting, hasrat tu ada. hehehe...

Fulltime Mom said...

Shima, Memang tepat tekaan Shima tu. cuma bab Teraju tu je tak tepat. :) Sure, bila dtg KL, bagitau ler ye, saya belanja SR.

Syah... SR dekat2 sini lah, nak gi BBB nanti, sesatlah!

Nazhatulshima Nolan said...

Syah,
Saya berbahasa kod untuk menjaga 'kerahsiaan' mereka yang meninggalkan komen tanpa nama sebenar. Sekiranya mereka tak kisah,mesti kita dapat baca profil mereka,betul tak? Mungkin juga sebab kita cakap pasal Secret Recipe. Jadi,kenalah 'berahsia'. He!He!

Fulltime Mom,
Emm,seronoknya! Eh, dah 'unsub' Teraju ke? Kenapa? Patutlah tak nampak 'posting' lagi.

Helmy said...

Salam.

Salah satu keindahan adalah melihat kegembiraan di wajah anak-anak - mereka jujur bereaksi...

Fulltime Mom said...

Shima, mmg dah unsub.... Panjang cerita dia. Klu ada peluang, nanti blsaya ceritakan.....

Syah, betullah, kena berahsia, terutamanya klu cerita tentang SR! :)

Anonymous said...

shima, jangan percaya sangat kat scarlet tu. walaupun aku pernah pegi interview utk dip. latihan chef lepas spm dulu, tapi cita2 asal nak jadi pilot.. dia sebenarnya yg nak jadi chef (tengokla gamba "char" kat blog dia)... hehe..

-y***n-