Friday, February 23, 2007

Impian ke syurga



Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya sempena ulang tahun ke-35. Beberapa hari cuti memberi ruang saya untuk merenung dan bermuhasabah. Walaupun saya menyatakan di dalam entri sebelum ini tentang dua perancangan saya yang masih belum tercapai, tidak bermakna itu sahaja impian yang ingin saya capai.

Kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan di akhirat jua yang kekal. Sebagai manusia biasa yang tidak sunyi dari kesilapan, saya juga berusaha menjadi seorang insan yang diredaiNya. Taat kepada perintah Allah dan menurut sunah Rasullullah. Isteri yang taat kepada suami, ibu yang solehah dan juga sebagai seorang anak. Begitu juga hubungan dengan rakan sekerja, sahabat handai dan para pelajar sekalian.

Impian yang perlu dikejar adalah untuk dihapuskan dosa-dosa dan seterusnya menuju ke syurga.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan, “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami ; sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala sesuatu.” (At-Tahrim,8)


Marilah kita sama-sama berdoa untuk mencapai impian ke syurga. Amin.

4 comments:

mki said...

Shima,
Anda perlu membaca Tag: Keganjilan di blog saya.

mohamadkholid said...

selamat ulang tahun - kita sudah menginjak usia - semakin mendekat...

zaidakhtar said...

salam madam.
:-)
mabruk. moga panjang usia.

Nazhatulshima Nolan said...

Prof,
Sudah baca tetapi belum tergerak untuk menulis keganjilan saya pula. Rasanya tiada yang ganjil dan kalau ada pun terlalu peribadi untuk dikongsi.

Mohamad Kholid,
Terima kasih. Tahniah di atas kejayaan saudara!

Yazid,
Terima kasih. Emm,blog Melayu saya bolehlah ber Bahasa Melayu sahaja. Pelik juga rasanya kerana telah biasa berbahasa Inggeris dengan saudara sewaktu mengajar dulu. Masihkah Yazid berlatih bertutur atau menulis BI lagi? Mungkin boleh lawat Through My Eyes dan tinggalkan komen BI di sana.