Wednesday, February 28, 2007

Warkah Buat Puteri Baiduriku

Puteri Baiduriku sekalian,
Maaf kiranya di akhir-akhir ini, ku jauh dari pandangan. Hanya sebentar tadi dapat ku lawati beberapa kamar. Dapatlah berbalas senyuman dan bertukar cerita. Tidak banyak beza kisah yang kuterima, dari sejak mula ku jejak kaki ke kampus ini.

Kisah cinta, suka dan duka. Ketidakpuasan hati , ketidakserasian teman sekamar dan kecurangan kekasih hati dan perebutan kasih antara dua.. Ada yang bertindak agak terlalu. Mengapa perlu dirosakkan dirimu andai kecewa? Hargailah dirimu wahai para puteri Baiduriku. Ingin mencabut nyawa hanya kerana seorang lelaki? Bukan sekali dua kudengar kisah sebegini. Mengapa terlalu rendah kau letak harga dirimu?

Wahai lelaki budiman ,
Wujudkah lagi kalian?
Itulah soal para puteriku.
Bukankah kau diciptakan lebih kuat dan gagah?
Mengapa perlu mengambil kesempatan kepada yang lemah?

Soal para puteriku lagi,
Bagaimana harus mengenal lelaki beriman?

Puteri Baiduriku,
Sesungguhnya memang tiada jaminan
di antara cinta sesama manusia.
Semuanya bersifat sementara.
Yang kekal hanya cinta kepada Pencipta.

Justeru itu puteri Baiduriku,
Jagalah dan hormatilah dirimu.
Andainya dia tidak sanggup ‘menunggu’
Tandanya dia tidak pantas jadi milikmu.

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, hai.. rasa terkejut sangat bile dengar cerita puan... ya allah ape rasenyer bile keluarge tau pasal benda tu..... ape yang saya rase kesian dekat ibu yang menaruh harapan besar pada kita... tibe-tibe hari nie ingat kat keluarga... ingat kat ibu.perlu ke kerana lelaki hidup jadi macm tu.... LUMRAH ALAM kite kene terima semuanye.....banyak ragam tentang manusia... insaf sungguh... hopefully, saye terselamat dari golongan ini.... semoga ilmu dan pegangan agama yang ada nie penjadi penyuluh hidup.


niena-d2c1-baiduri

SitiNur said...

Untung puteri-puteri Baiduri mendapat perhatian dan nasihat daripada seorang yang amanah dan bertanggungjawab.

Bukan senang nak buat pelajar-pelajar terbuka dan menceritakan hal diri sendiri pada kita.

Teringatkan mimpi saya yang lalu (thn lepas agaknya):
Bermimpikan melahirkan seorang puteri bernama PUTERI ANDURA BAIDURI. Kebetulan pula! :)

Nazhatulshima Nolan said...

Niena,
Syukur Alhamdulilah, coretan saya membawa keinsafan. Semoga semua pelajar dapat kesedaran ini, terutama pelajar perempuan. Kita juga berhak memilih siapa yang akan menjadi pasangan dan membimbing kita dan pendidikan kepada anak cucu kelak bermula sejak dari peringkat pemilihan pasangan kita, bukan hanya bila mereka telah dilahirkan. Nanti saya akan tulis satu entri lagi berkenaan ini.

Sitinur,
Saya hanya buat apabila berpeluang; dan peluang itu datang apabila mereka menghampiri saya dan meluahkan rasa. Sepanjang minggu ini saya rasa macam kaunselor pun ada. Pelbagai masalah pelajar datang luahkan pada saya. Mungkin mereka nampak saya sebagai seorang yang dapat mendengar dan memahami. Saya memberi ruang dan waktu untuk mendengar luahan hati para pelajar. Pernah di satu ketika saya mendengar luahan pelajar sehingga jam 3 pagi. Memang macam-macam cerita ada. Insya Allah saya akan paparkan kisah mereka di sini sebagai makluman.

Pasal nama,Sitinur kenalah mengandung dulu :)

Anonymous said...

ok... saye menunggu coretan puan lagi... suke rasenyer. rase diri dilindungi. rase mcam ibu ader kat sebelah.....

niena,d2c1....

Anonymous said...

ok... saye menunggu coretan puan lagi... suke rasenyer. rase diri dilindungi. rase mcam ibu ader kat sebelah.....

niena,d2c1....