Monday, March 19, 2007

Lautan Rasa


walau kataku
banyak yang karam di lautan rasa
masin kasihku takkan hilang.

walau sentuhku
terhalang dek terumbu karang
ombak rinduku takkan berkurang.

Mac.2007

Foto diambil di Tauranga,New Zealand,Mac 2006

6 comments:

SitiNur77 said...

Ringkas, mendalam dan manis. Puisi Shima belum pernah menghampakan saya. Tahniah dan terima kasih kerana memberi inspirasi.

Harapnya saya pun boleh menulis puisi sebaik ini... dalam bahasa Melayu dan Jepun. Hehe. Tinggi cita-cita ni! ;p

Nazhatulshima N said...

Terima kasih Sitinur. Seperti biasa, saya menulis dari hati dan ilham tercetus ketika terkenangkan ibu. Saya juga masih baru belajar. Mungkin ada puisi yang jadi dan ada yang tidak tetapi baguslah kalau puisi saya tidak pernah menghampakan. Bila saya buat buku puisi nanti, bolehlah Sitinur promosikan,ya tak? He..He.. cita-cita tinggi juga.

Semoga cita-cita Sitinur juga tercapai. Tapi saya tidaklah dapat faham puisi Jepun. Mungkin Sitinur boleh buat dwibahasa. Saya juga bercadang akan tulis versi Inggerisnya.

SitiNur77 said...

Nak buat dwibahasa, perbendaharaan kata mesti banyak. Setakat sekarang, terlalu terhad. Jika menulis puisi Jepun sekalipun, bahasanya terlalu mudah. Mungkin untuk tahap tadika atau sekolah rendah sahaja.

Ada juga mencuba menulis puisi di blog bahasa Jepun :).

MYA MARJA said...

KELU

Ibu
mengenangmu daku kelu
air mata tumpah ke batu
dua nisanmu.

Kutegakkan semula
segala duka
menjadi restu doa
lambang kasihku
buatmu
ibu.

Mya Marja.

ufukhati said...

Puan,

Sebuah puisi yang menyentuh jiwa.

Wassalam.

Nazhatulshima N said...

Mya Marja,
Saya jadi 'kelu' membaca puisi buat ibumu.

Pak Darma,
Terima kasih berkunjung lagi.

Saya berharap satu hari nanti puisi ini dapat menyentuh hati ibu saya juga.