Friday, June 15, 2007

Panggilan Pulau

Dua jam lagi saya sekeluarga akan bergerak ke Mersing dengan Bas UiTM. Kemudiannya menaiki feri ke Pulau Aur. Kenapa kami ke sana? Nantikan kisahnya selepas saya ke sana.

Sepanjang 3 hari ini, saya amat sibuk sekali, membuat persiapan 2 kursus anjuran PPKP. Makanya saya akan berterusan sibuknya seperti berikut:
15-17 Jun - Pulau Aur
18-20 Jun -Port Dickson, Bengkel Penambahbaikan Modul Pembangunan
21-23 Jun- Kemaman, Kursus Asas Kepimpinan JPK
24 Jun - Daftar Phd di Shah Alam
26- 28 Jun -Kursus Pembantu Mahasiswa di UiTM Jengka
30 Jun - Pendaftaran Pelajar baru di UiTM Johor & AFS Gala Dinner di Shah Alam
3-5 Julai- Membentang kertas kerja di Sunway Lagoon Resort
6-7 Julai- Modul 1 PPKP
9 Julai- Kuliah semester bermula.

Doakanlah saya sihat walafiat sentiasa untuk menyumbang bakti kepada anak bangsa,anak sendiri dan keluarga di samping mempermudahkan semua urusan dan pelbagai impian saya, Phd, menulis, mengajar, dll.

Setakat ini, saya memang seronok melakukan semuanya, tidak sekali saya anggap sebagai beban dan

ya, sudah tentu sekali saya juga memang sangat suka bercuti dan 'cuti takkan bergolek' tanpa ongkos yang lebih,

hasil dari kerja.

3 comments:

SitiNur77 said...

Bagusnya ada semangat kerja yang tinggi. Dari semangat (passion) itulah selalunya membuahkan hasil yang cemerlang. Kerja yang cemerlang pulalah memberi keberkatan kepada rezeki.

Saya tabik sama Shima. Seperti sepohon pokok yang rendang dan banyak hasilnya! :)

neomesuff said...

hi..u r tagged for charity - maybe to your english blog.. or whichever lah ye heheee
lam kiter tak sembang

Nazhatulshima N said...

Sitinur,
Harapan saya juga berkekalan semangat dan keberkatan rezeki. Begitu juga dengan Sitinur.

Normi,
Nanti bila berkesempatan saya akan lawat blog itu.

Insya Allah saya akan hubungi anda berdua dalam masa terdekat ini.