Thursday, June 07, 2007

Suka kerja atau cuti?

Tidak kurang yang menyangka apabila cuti semester, pensyarah pun secara langsung cuti seperti pelajar. Ramai yang tidak tahu ,seorang pensyarah perlu mengambil cuti rehat dan mempunyai jumlah cuti antara 30 ke 35 hari cuti dalam setahun yang perlu dimohon.

Soalan yang paling kerap saya dengar pada minggu ini.

“Puan Shima tak cuti ke?”

Hampir setiap orang yang saya jumpa akan bertanya soalan yang sama. Hakikatnya, hati saya tidak akan tenang bercuti sekiranya sebahagian tugasan tidak dilaksanakan dahulu. Lalu sepanjang 3 hari yang lalu,

Bincang.
Tulis.
Taip
Telefon
Sebutharga
Kira
Rangka
Kertas kerja
Pengenalan
Objektif
Tentatif program
Tarikh
Tempat
Bajet
Keperluan
Kenderaan
Emel
Maklumkan
Telefon
Mesyuarat
Bahagi tugas
………………..
akhirnya dapat saya uruskan beberapa perkara
1. peserta kursus fasilitator pensyarah ke UiTM Kelantan
2. kertas kerja kursus asas kepimpinan jawatankuasa kepimpinan kolej
3. kertas kerja bengkel penambahbaikan modul latihan penyelaras modul
4. mesyuarat dan pembahagian tugas susulan

Kerja saya memang belum 100 % selesai.

7 dan 8 Jun merupakan cuti pertama saya untuk tahun ini.

Pada 11 Jun saya akan dapat menjawab, “Saya dah cuti 2 hari,” untuk soalan popular minggu ini.

Hah! Saya memang suka kerja!

Namun, cuti juga satu keperluan.

2 comments:

elhamy said...

salam,
antara kerja ngan cuti perlu seimbang.......(",)

Nazhatulshima Nolan said...

Selamat datang Elhamy.

Ya, apabila baca cerita saya mungkin dapat lihat kebanyakannya saya bertugas sambil bercuti.

Emm, kenapa saya tidak dapat membalas kunjungan ya?