Thursday, September 13, 2007

Menjelang 1 Ramadan

Sunyi.

Lebih kurang jam 4.45petang kedengaran jeritan sekumpulan pelajar lelaki, meneriakkan “Balik…kampung…oh..oh balik kampung”.

Cuti awal Ramadan bersambungan sehingga ke hujung minggu.

Setelah selesai membuat persiapan kelas hari Ahad, akhirnya saya sampai ke rumah hampir jam 7malam.

Menu telah dirangka di minda. Namun, saya minta pandangan Afiqah.

“Tom yam atau Ayam Masak Merah Ambo Rojak (Resipi Istimewa keluarga)?”

“Ambo Rojak.” jawab Afiqah.

Singsing lengan.
Kosek beras.
Tanak nasi.
Kupas bawang.
Tumbuk bawang dan lada.
Perah asam jawa.
Goreng ayam.
Masuk bawang dan lada.
Perahan asam jawa.
Kicap Masin
Kicap Manis
Garam
Gula.

7.30pm, makanan kegemaran sekeluarga siap dihidang.

1 Ramadan – Maghrib , Isyak dan Tarawih dilaksanakan di rumah sahaja.

Azam Ramadan kali ini, semoga dapat habiskan 30 juzuk Al-Quran.

InsyaAllah.

6 comments:

©Opah De said...

Salam Shima...
Selamat menyambut bulan puasa yang mulia, semoga kita semua diberkati dan dirahmatiNYA.
Sihat ke? Resepi ambo rojak tu OD pinjam ek... nak try. Lada tu lada apa? Lada hitam ke lada cili merah tu?
Sekarang di sini sudah spring. Musim bunga tapi hujan saja memanjang. Bukan hujan renyai-renyai tapi hujan yang boleh buat atap terangkat tu... takut eden.
Puasa tak hari ni? Kami puasa esok (Jumaat).

mki said...

السلام عليكم

Selamat berpuasa. Semoga sempurna hendaknya!

Nazhatulshima Nolan said...

Salam OD,
Hari ini dah mula puasa. Pasal resipi, cubalah. Guna lada kering. Sebenarnya boleh kisar je semua bawang,lada dan campur sedikit kunyit dan halia. Bawang kecil dan bawang putih. Satu lagi saya tambah sedikit 'Worchester sauce'. Semalam malas nak guna 'blender'. Lauk ni boleh dimakan bersama dengan kuah lode dan nasi impit. Tapi dengan nasi biasa pun boleh licin pinggan. Semua rasa ada, pedas, masam, masin, manis dan yang paling penting, senang nak masak. Selamat mencuba! Dah siap hantar sepiring.

Ingatkan penghujung musim sejuk sebab teringat dulu pergi 'skiing trip' di Snowy Mountain dalam bulan September. Emm..nostalgia lagi. Bila nak dapat durian runtuh yang OD kata tu, ya?

Prof Dr Mki,
Terima kasih.Selamat berpuasa juga. Semoga mendapat keberkatan dan sihat walafiat untuk menjalani dan meningkatkan semua ibadah.

mohamadkholid said...

salam...
selamat berpuasa...

©Opah De said...

Salam Shima...
OD belum cuba lagi... nantilah, dah sihat kedua-duanya baru berselera nak makan itu ini.
Kat Snowy Mountain memang masih penuh salji. Rasanya, penghujung Oktober nanti baru salji cair. Ingat dua tahun lepas, salji turun di situ kot, macam dalam winter. Just for a day. Canggih tapi kami tak pergi. Kawan OD pergi... sabar saja aku...
Durian runtuh tu... durian runtuh betul-betul ke? Huhu... tunggu Shima. Nanti OD siapkan mssnya, baru OD contact Shima. Mwah.

Yang bernama Siti said...

Salam,
Shima, sedap agaknya Ambo Rojak tu.

Selamat berpuasa kepada Shima dan keluarga. Dah setengah bulan, tapi masih boleh kan?

Membaca entri Shima, teringat kenangan belajar di Shah Alam. Kebetulan waktu saya belajar, cuti antara semester bermula sebelum ramadan dan naik kuliah semula selepas Hari Raya.

Ada sekali, awal Ramadan terpaksa disambut di kampus. Tengah periksa akhir semester.

Kami semua berkumpul di Dewan Makan. Tak pernah dewan begitu penuh, maklumlah sebelum ini masing-masing datang ikut suka. Bila masuk sahaja waktu berbuka, adalah seorang mamat yang azan. Kami sangka dia akan azan sampai habis, tapi rupanya setakat Ashaduanlaillahaillah sahaja. Dia tak sanggup tengok kami yang lain sudah mula menjamah juadah berbuka.