Saturday, October 06, 2007

Pendakian ke Puncak 1

Dalam usahaku untuk mendaki ke puncak,aku masih lagi menggalas pelbagai bagasi. Pendakian ku agak perlahan. Masakan dapat kusegerakan seandainya kedua-dua tangan dan bahuku sarat. Kunekad untuk melepaskan dua beg yang kugalas. Keputusan untuk melepaskannya telah kukhabarkan secara lisan. Untuk beg yang pertama,telah diperkenankan untuk kulepaskan. Harus kutulis tentang niatku itu sahaja. Akan kugalas sehingga penghujung tahun ini.

Namun, untuk beg yang kedua, kudiminta untuk memikirkan semula. Kudinasihati untuk meneruskannya sahaja.

Yang pasti, dengan melafazkan niat yang pertama itu, kurasakan agak ringan sedikit.

6 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Puan Shima,

Saya terbaca yang Puan baru mula dalam pengajian Ijazah Kedoktoran . Tidak mengapa, teruskan usaha..pacukan semangat! Saya pun mula ketika usia 40 tahun dan selesai setelah 8 tahun. Ya! Baru tahun ini… dalam bidang kejuruteraan di USM. Saya buat secara sambilan sebab tidak mahu menganggu-gugat perjalanan tugas dan urusan keluarga...daripada status seorang ibu hingga menjadi nenek kepada cucu usia 2 tahun. Alhamdulillah…

Sebagai memotivasikan diri saya sendiri, saya selalu ingat kata-kata Henry Ford-"Obstacles are those frightful things you see when you take your eyes off your goal".

Cuma, mahu kongsi nasihat-mesti pandai kawal diri, urus masa dengan betul, disiplin…dan cari jalan menangani tekanan.

Untuk mengatasi segala tekanan, saya lepaskan geram dan kehampaan saya dengan menulis novel bagi remaja di bawah Puan Ainon, di PTS. Puan carilah cara tersendiri...jalan dalam pengajian peringkat ini seperti berada dalam fasa “emotional roller coaster ride”. Sekejap gembira bila berada di atas..seminit lagi down ‘gila’ (pinjam bahasa remaja masakini..)

Semoga Allah permudahkan segala urusan Puan selanjutnya…Amin

Umi Kalthum Ngah (NeenaUmi)
USM Kampus Kejuruteraan

Nazhatulshima Nolan said...

Waalaikumsalam warahmatullah w.b.t,

Puan Umi,

Tahniah untuk PhD dan novel Puan!
Saya hargai nasihat dan doa Puan. Bagaimana boleh saya hubungi Puan? Boleh Puan berkongsi pengalaman Puan lagi.Tentu sekali Puan dapat memahami keadaan saya saat ini.

Saya juga bercita-cita untuk menulis novel seperti Puan. Setakat ini baru menulis puisi. Saya rasa kita pernah bertemu sebelum ini di bengkel Puan Ainon tetapi tidak berpeluang berbual.

Semoga kita dapat bertemu lagi.

P/S: Afiqah kata,"'Best' cerita 'Dafodil untuk Insyirah'"

Saya jawab,"Ibu pun nak tulis novel macam ni,boleh?"

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Puan Shima,

Ya!~ Saya amat memahami apa yang Puan sedang lalui...bersengkang mata, kebuntuan, kerisauan, kadangkala dijangkiti rasa bosan, malas, kerja tangguh-tangguh terutama sekiranya kaedah dan pendekatan tidak berapa menjadi. perlu pula cari kaedah lain...seribu satu macam perasaan..Ketika bergembira buat seketika, tiba-tiba menyelinap satu perasaan seolah-olah berkata, "Ai! Seronok nampak? Projek dan tesis belum siap lagi tu!" 'from the back of your mind'...langsung hilang rasa gembira...Saya dihantui semua ini selama 8 tahun pengajian...Ada rakan saya, rumah tangganya roboh, dek kesibukan mengejar cita-cita...ujian dan dugaan...tetapi sekiranya ada seseorang yang berdiri di sebelah (saya tidak begitu gemar guna istilah 'di belakang' sebab lelaki dan wanita sama taraf!) adalah suami yang sentiasa memberi dorongan dan memahami, Insya Allah...Allah akan berkati 'usaha bersama' itu..

Puan boleh hubungi saya di umikalth@yahoo.co.uk atau umi_kalth@yahoo.com. Saya tidak ada blog (takut tidak sempat 'update' selalu!)

Sequel "Dafodil.." akan terbit tidak lama lagi..baru sudah prufread. Tunggu ya?

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri! Maaf jika tersilap kata-kata..

Wasalam,

Umi Kalthum Ngah

Yang bernama Siti said...

Salam Shima,

Beban bermacam-macam gaya. Dilepaskan satu, ada penggantinya. Apa pun semoga Shima tabah dan berjaya akhirnya.

Selamat Hari Raya. Maaf atas segala salah silap dan terkasar bahasa.

ainon mohd said...

Asalamualakum, (bakal Dr) Shima!

Syukur tadi kita bertemu di majlis pelancaran Travelog Haji karya Prof. Kamil.

Makin banyak beban, puan makin sihat nampaknya!

Sejak bulan puasa saya diet...

Rebecca Ilham said...

Salam Puan Shima,

this is nothing to do with the entry, so sorry! But I'm dropping a comment about The Memory Keeper's Daughter as promised.

I must say the book is good enough, the setting kicked off in 1960s and the whole story took 35 years or so. The story was well executed, even if I didn't really like the writing style. It was too melancholy and took a while which didn't fare well with someone as impatient as me =)

But there were a lot of metaphors, which was the most beautiful part of the book, and the suspense element was good. I nearly stopped reading but keep on going just to find out what would happen in the end.

Recommended,yup!