Saturday, December 15, 2007

Blogging di PTK

Pengucapan awam saya memilih tajuk blog.
Saya ceritakan bagaimana blog membuatkan saya lebih mengenali diri saya. Bagaimana ia menjadi terapi. Bagaimana saya sedar saya dapat menulis puisi. Bagaimana ia dapat menjadikan kesibukan saya lebih mudah dihadapi.

Saya kisahkan bagaimana blog menemukan saya dengan rakan lama yang telah 15 tahun terpisah. Bagaimana Anders, dari Norway mencari Zetty dan ‘menggoogle’ namanya lalu terjumpa saya. Akhirnya saya dan Zetty bertemu semula baru-baru ini. Bagaimana Julia dari Itali yang ‘menggoogle ‘ nama Katia, juga asal dari Itali dan terjumpa blog saya. Lalu saya menghubungkan mereka melalui emel. Katia kini menetap di Australia manakala Julia kini di London. Mereka semua adalah sahabat sewaktu kami sama-sama menjadi pelajar pertukaran dan menetap di Australia selama setahun.
(Pengalaman di sana banyak di tulis dalam blog Through My Eyes saya)

Pembentangan penulisan tugasan individu juga saya memilih tajuk blog. Saya menjelaskan potensi blog sebagai alat untuk belajar dan mengajar.

Hasilan saya tunjukkan bagaimana mudahnya membina blog. Sebagai kelainan, saya buat demonstrasi membina blog dalam masa 7 minit. Semudah 1,2,3.

Pengajaran berinovasi saya bentangkan bagaimana boleh gunakan blog dalam pengajaran. Saya tunjukkan bagaimana saya gunakan blog sebagai refleksi pengajaran dan bagaimana mendapat maklumbalas segera tentang pengajaran saya.

Cadangan penyelidikan, hampir saja buat tajuk blog tetapi telah saya ubah ke tajuk yang lebih berkaitan dengan pengajian Phd saya. Sambil menyelam minum air. Agar mudah buat persediaan pembentangan proposal pada Februari nanti

Sehinggakan rakan sekumpulan saya ramai yang berminat untuk membina blog mereka selepas mendengar pembentangan saya.

Sengaja saya memilih tajuk yang dekat di hati saya dan saya pasti tiada yang akan memilih tajuk ini. Tepat sangkaan saya.

Untuk rakan sekumpulan saya, andai singgah ke mari, jangan lupa tinggalkan jejak.

9 comments:

SitiNur77 said...

Tahniah, Shima. Tentu ramai yang teruja membuka blog selepas ini.

Selamat maju jaya dgn proposal nanti ya. :)

Anonymous said...

Salam Kak Shima,
Saya rasa mungkin saya agak 'ketinggalan zaman'. Baru seminggu lepas, selepas melihat letter head PPKP, terkejut sekejap sebab Basha menggantikan kak shima sebagai Koordinator PPKP....(May be that is why a few people were quite confused when I was looking for you last week regarding the "pengukuran modul")...

Any way all the best for your PTK and your Phd.

Nazhatulshima N said...

Terima kasih SitiNur. saya turut ceritakan kisah bagaimana dari alam maya kita bertemu di alam realiti.

Nurzea,
Untuk memahami tindakan saya, sila baca entri http://nazhatulshima.blogspot.com/2007/10/pendakian-ke-puncak-1.html
Terima kasih.

Unknown said...

wah...sudah jadi `pegawai pemasaran blog' ya... :)

Nazhatulshima N said...

Jiwarasa,
Ha,ha,.ha..blogger.com perlu beri saya komisen nampaknya.

Tahniah, syarikat menang anugerah!

Nurzeatul said...

Salam Kak Shima,

Walaupun baru setahun di Segamat, saya kagum dengan insan-insan yang sanggup mengharungi cabaran untuk keluar dari keadaan yang 'selesa'. Saya kagum dan rasa bertuah dapat mengenali insan-insan ini....

I strongly believe, you can achieve that!

Hero said...

salam, apa khabar cik kak? maaf lama tak singgah.. sibuk giler sampai takleh nak cite.. skrg dok cover balik semua yg saya missed all this while esp. your poems.. esok kat opis insyaAllah saya akan sambung lagi "menelaah" Dari Kerana Mata.. produktif saya nih, kan? :p

Anonymous said...

Kebetulan, masa saya buat demonstrative speech semasa berkursus public speaking beberapa minggu lalu, tajuk blog juga yang saya pilih.

Presentation tersebut menggunakan PowerPoint dan insya allah akan saya upload ke laman web saya nanti.

Nazhatulshima N said...

SK,
Ingatkan dah merajuk panjang,dah 'unsub' DKM,... marah sangat nampaknya...(di Alam Kekal).

P/S: Kawan awak tu, Mamat MYVY merah, seronok sangat dah dapat pindah Perak.

Fairuz,
Selamat datang ke blog saya. Personal blog tak ada ke?