Monday, January 21, 2008

Kertas Kerja

Percaya atau tidak, saya cukup suka membuat kertas kerja. Sepanjang minggu ini, saya telah diminta untuk menyediakan beberapa kertas kerja untuk 4 pihak yang berbeza untuk program yang berbeza Tiada masalah,saya suka.

Saya memang suka merancang dan merangka, terutama sekali program yang lain dari biasa. Saya tahu kebanyakan orang suka berdiam diri walau ada idea yang bernas kerana langkah seterusnya ialah untuk membuat kertas kerja. Ya, itulah hakikatnya,kata-kata sahaja tidak berguna. Perlu ada hitam putihnya. (Sehitam latarbelakang blog saya dan seputik aksaranya.)

Apa yang ingin dilaksanakan?
Mengapa ingin dilaksanakan?
Siapa yang terlibat?
Apa yang diperlukan?
Di mana akan diadakan?
Berapa jumlah kewangan yang diperlukan?
Secara ringkasnya, soalan tersebut perlu dijawab di dalam kertas kerja.

Perlukan khidmat saya?
( Alahai, bagaikan kelapangan sangat saya menawarkan diri...)

3 comments:

hakim dirani said...

Saya kagum puan punya minat sebegitu. saya ni bab buat kertas kerja (dlm persatuan di sini) cukup pening.

Nazhatulshima N said...

Hakim Dirani,
Lama tidak mendengar berita. Sibuk belajar? Tentang kertas kerja, apabila sudah selalu membuatnya pening akan hilang kerana sudah ada 'template'nya. Hanya perlu ubah beberapa perkara. Latihannya sudah tentu sekali sejak belajar lagi, apabila saya sering aktif berpersatuan, memegang pelbagai jawatan ,dari AJK kecil sehingga pengerusi,semuanya saya dah rasa. Usah risau, apabila sudah biasa,bila bekerja nanti boleh ditolak ke mana sahaja,ke tepi , ke tengah, hanya jangan dipijak sudahlah.

SitiNur77 said...

Shima,
Kertas kerja ni boleh dijadikan sumber perniagaan tau. Ayah saya mengambil upah buat kertas kerja untuk projek2 kawan-kawan atau klien2nya. Tu kira kerja main2 ja... Tapi kalau nak buat serius, memang boleh sangat.

Good luck.