Sunday, February 10, 2008

Lukisan kesayangan

Sewaktu operasi pembukaan kotak-kotak, terjumpa koleksi lukisan kesayangan yang telah berumur lebih kurang 23 tahun. Afiqah bersuara," Kakak simpan ya ibu?"
"Simpan elok-elok, tengok ibu simpan, sampai 23 tahun, ada lagi."

Saya sering mendapat markah tertinggi untuk subjek pendidikan seni dan sering menyertai pertandingan. Markah tertinggi yang didapati adalah 95 % dan pencapaian tertinggi adalah Pertandingan Lukisan Kanak-Kanak Antarabangsa pada tahun 1988 dan mendapat pingat gangsa. Lukisan yang dilukis untuk pertandingan itu adalah gambar suasana hari raya dan dihantar ke Jepun untuk dinilai. Walaupun tiada salinannya, saya masih ingat lagi apa yang saya lukiskan. Ada lagi pertandingan di pelbagai peringkat yang saya sertai dan menangi.

Saya memang bercita-cita menjadi seorang pelukis.
(Masih lagi bercita-cita membuka sebuah galeri satu hari nanti)

Namun, apabila di tingkatan 4 dan memasuki jurusan Sains, subjek lukisan terpaksa saya lupakan kerana pada masa itu pilihan subjek ditentukan pihak sekolah.

Apabila mengikuti program pertukaran pelajar di Australia, saya mengambil peluang mengikuti subjek 'Visual Arts'. Terhasillah lukisan terbeasar saya.

Sewaktu mengikuti pengajian sarjanamuda TESL, saya pernah bekerja keras mengumpul wang, mencari duit sendiri, untuk mengikuti kelas lukisan dengan seorang pelukis terkenal. Kemudian minat terhanyut dengan komitmen pengajian dan lain-lain.

Ketika mengajar sebagai guru bahasa Inggeris di SMK Sekyen 16 Shah Alam, saya merasa bersyukur kerana diberi peluang untuk mengajar subjek pendidikan seni untuk pelajar tingkatan 1 & 2. Terubat juga kerinduan melukis kerana saya sering mendemonstrasikan teknik melukis dan mewarna.

Semasa mengikuti pengajian sarjana, saya tertarik dengan seni lukis di gelas (stained glass painting)lalu mengikuti kursus sehingga dapat membuka sendiri kelas lukisan secara kecil-kecilan.

Kini, kurang sekali melukis.
Namun impian yang satu lagi ini masih belum lagi terkubur.

10 comments:

Rasha_rz said...

Assalamualaikum. pertama kali kak ila muncul di sini melalui pintu mya marja. salam kenal dik.
melukis juga salah cabang seni yang tinggi nilainya. ramai orang boleh menulis dgn baik hingga menjadi karya bernilai tapi tidak ramai yang boleh melukis. tahniah diberi akat oleh Allah

Nazhatulshima N said...

Waalaikumsalam Kak Ila,
Salam perkenalan kembali.
Semoga karya lukisan saya akan menjadi karya bernilai jua. Terima kasih.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Saya pun minat melukis. Bab meniru lukisan orang lain cukup saya suka, kalau suruh lukis sendiri tak berapa menjadi. Selamat berkarya...

Anonymous said...

wah... rupa2nya mya marja ni kaki meniru ye...? dah tangkap sorang dah. kak ila kalau bab melukis hancur. tak reti satu apa pun. melukis orang lidi boleh.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Shima,

Selamat Hari Lahir bagi Puan!

Saya terbaca yang tarikh hari lahir puan sehari selepas tarikh kami (iaitu Puan Ainon dan saya...)

Yang ke berapa ya?

Wasalam

mohamad kholid said...

saya kembali...
melukis juga hobi yang telah lama saya tinggalkan - sayangnya jika sewaktu Ting 4 dahulu saya belajar kelas Art tentu saya lebih maju dalam bidang ini.

Nazhatulshima N said...

Mya Marja,
Itupun bakat juga.

Kak Ila,
Biar melukis orang lidi namun novel telah 'berlidi-lidi' juga banyaknya.

Dr Umi,
Terima kasih di atas ucapan. Yang ke-36.
Selamat Hari Lahir untuk Puan juga pada 11 Februari yang lalu!
(Maaf,tak berkesempatan lagi membalas emel Puan)

En Mohamad Kholid,
Saya juga pernah berfikir begitu tetapi saya percaya semuanya telah tertulis dan Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik buat kita.
Semakin banyak buku Tuan. Anak lelaki saya, Arif meminati karya Tuan.

Ridzuan Affendy said...

Puan, ambillah masa lapang sedikit pun cukup..
di KL kita boleh menyertai kursus seni lukis yg telah dikembangkan kepada pelbagai teknik..
saya selalu tengok dalam majalah anjung seri ibu saya ada program sebegitu..
sekali-sekala ambil masa buat aktiviti macam ni boleh melepaskan tekanan, pun boleh dapat rakan baru.

MYA MARJA said...

Buka galeri lukisan di internet, okey apa?

Denai said...

assalamualaikum.
saya mmg minat melukis ni, tp pikir jg, mcmana cara trbaik nk buat duit melalui bidang senilukis ni, kat mana nak jual... / Kalau setakat simpan kat rumah je...sape yg nak beli, ye tak. ada tk sesape yg sudi bagi idea sikit...hee..tq.