Sunday, May 11, 2008

Video Korporat UiTM Johor-Hari Kedua

Hari kedua pula kunjungan ke Gunung Ledang Resort yang terletak 25 minit perjalanan daripada UiTM Johor kampus Segamat.



Kini saya turut membawa kamera untuk rakaman peribadi. Sesungguhnya keindahan alam semulajadi memang sentiasa membuat saya terpukau. Gambar menyatakan segalanya.






Keaadaan hujan menyebabkan penggambaran di luar perlu ditangguhkan dan kami kembali ke kampus untuk meninjau dan membuat penggambaran di dalam.

Kedai serbaguna Unimart berhampiran Kolej Intan menjadi pilihan untuk sesi penggambaran seterusnya. Aksi beberapa pelajar sedang membeli belah sempat dirakam. Ada juga pelajar yang keberatan untuk gambarnya dirakam.

Berdekatan kedai,terdapat dua telefon awam disediakan. Walaupun rata-rata pelajar kini mempunyai telefon bimbit masing-masing, kemudahan tersebut masih ada dan rakaman seterusnya melibatkan pelajar sedang membuat panggilan telefon menggunakan kemudahan tersebut.

Setiap Selasa, UiTM menyediakan ruang kemudahan pasar malam yang diadakan di pintu masuk ke kampus. Deretan gerai aneka juadah memberikan pelajar alternatif untuk menjamu selera selain makanan di dewan makan yang disediakan pihak universiti. Krew penggambaran tidak melepaskan peluang merakam suasana pelajar berpusu-pusu berjual beli. Selain itu, beberapa staf juga tidak ketinggalan membeli makanan di sini. Pasar malam bersurai ketika saat menjelang Maghrib dan itu merupakan penggambaran terakhir untuk hari kedua.

Malam ini mee bandung dan sate di Jementah menjadi hidangan untuk krew penggambaran.

4 comments:

Rina said...

Salam puan shima,
lama tak update, tp sekali update penuh 5 cerita 1 entry. ini baru best baca.

pergi jugak book fair tu? sy tak sempat pergi. rugi betul. ingat nak beli buku dgn diskaun tp apakan daya hehehe...

video korporat utk iklan ke?

Nazhatulshima Nolan said...

Salam Rina,
Baru beli notebook,laju sikit nak letak gambar,etc, itu yang sekali kemaskini sampai tak nak tidur. Lagipun, dah habis tanda semua kertas dan dah hantar semua markah. Merdeka sikit.

Beli buku online pun bole dapat diskaun. Saya pergi lebih kepada nak beri pengalaman pada anak-anak dan nak bertemu Pak Samad dan Dr SMS.

Video korporat khas untuk UiTM Johor.

Jumpa lagi 27 Mei nanti?

ina marjana ulfah said...

salam shima, lama tak jenguk sini. Menarik pengalaman video korporat tu. Moga makin profesional & korporat imej UiTM nanti.

Rina said...

Insyallah sy ada 27 mei tu. jumpa puan nnt yer.