Sunday, June 08, 2008

Acara Sosial

Baru tiba daripada Batu Pahat lebih kurang sejam yang lalu sementara menunggu sisa sisa antibiotik dan pil yang lain memainkan peranannya.

Hujung minggu yang padat dengan acara sosial.

Hajat di hati ingin turutserta aktiviti ahli keluarga PEWANI pada pagi semalam tetapi tidak terlaksana kerana masih kurang sihat. Namun di sebelah petang,untuk meramaikan dan meraikan ketibaan Dato Seri Prof Ibrahim Abu Shah dan Datin Seri,saya dan Adib bergegas menyambut ketibaan mereka yang sampai lebih awal dari yang dijangka di Ledang Inn, UiTM. Minum petang bersama-sama mereka memberi saya kesempatan mendengar pengalaman Dato Seri secara dekat. Satu perkara yang disebutkan beliau yang merupakan prinsip saya juga adalah berkenaan bab menolong seseorang. Beliau mengatakan kebiasaannya apabila dia menolong seseorang,kebiasaannya tidak selalunya dia mendapat balasan daripada orang yang ditolong tetapi daripada orang lain pula.

Seringkali saya mendengar orang mengungkit di atas bantuan yang diberi kepada seseorang atau apabila dia dilupakan kerana membantu seseorang untuk menjayakan sesuatu perkara. Sebenarnya melalui pengalaman saya sendiri,apabila kita ikhlas membuat sesuatu,balasannya akan diterima juga tanpa disangka-sangka dan selalunya bukan daripada orang diberi bantuan.

Begitu juga dari segi pemberian dalam bentuk kewangan dan barangan. Sangat cepat balasannya terutama sekali apabila saya memberikan kepada ibu,emak dan emak mertua saya, tidak ketinggalan kepada suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan. Tiba-tiba ada tugasan terjemahan,jemputan ceramah atau sebagai trainer menyusul. Syukur Alhamdulilah.

Berbalik kepada aktiviti semalam, selepas jamuan BBQ PEWANI dan dendangan 3 buah lagu dari Dato' Seri NC, kami sekeluarga bergerak balik ke Batu Pahat kurang lebih pada jam 10.30 malam. Walau kesuntukan waktu, saya harus menemukan Afiqah dan Arif dengan datuk neneknya yang tidak ditemui sejak 3 bulan yang lalu. Andai ditangguhkan, entah bila bertemu lagi. Hampir jam 12 malam sampai di perkarangan rumah. Afiqah pula mulai demam.

Jam 2.30 petang beransur ke rumah Khalah(makcik saudara) untuk bertemu ibu, sepupu dan anak saudara. Berbual-bual sambil Arif dan Afiqah bermandi-manda di kolam renang mereka. Bertemu juga dengan Mak Minah (makcik saudara)yang telah bertahun-tahun tidak bertemu dan kini dalam keadaan kurang sihat menghadapi kanser.

Perbualan dengan Khalah pula berkisar tentang kisah silam dan membandingkan kisah kini. Khalah adalah seorang yang sangat mementingkan protokol dan cara penggunaan bahasa yang betul, sesuai dengan kedudukannya sebagai Puan Sri. Saya kira keseluruhan keluarga saya kebanyakannya begitu. Nanti saya ceritakan di entri yang lain bagaimana tegasnya mereka mendidik kami dari segi tatacara percakapan dan penggunaan bahasa dan perlakuan malah dari segi berpakaian, cara duduk dan berjalan juga.

Saya mengusiknya, "Khalah, nanti kita tulis buku,ya?" "Khalah cerita,nanti Shima rekod dan tuliskan".

Paling seronok menerima 4 tas tangan asli berjenama dari ibu yang tak mungkin mampu saya membelinya sendiri setakat ini. Harus mencari kasut yang sepadan pula nampaknya? Mungkin sepadan dari segi warna sahaja dan mungkin dari jenama biasa-biasa saja.

Jam 6.30 petang bergerak ke kampung Adib pula. Selepas makan malam dan Maghrib, kami bergerak pulang kurang lebih pada jam 9 malam.

Nampaknya ubat-ubatan yang diambil sebentar tadi telah membuatkan mata saya berat kini.

4 comments:

Hero said...

padat betul acaranya.. :D

tapi mmg betul.. bila kita ikhlas, tinggal Allah sajalah yang akan menilai dan membalasnya (meskipun kita tak semestinya mengharapkan balasan). ikhlas tu dari segi bahasa, maksudnya "habis" atau "selesai" atau "tamat". ertinya, orang yg ikhlas tu, bila dia bantu orang lain, ianya tamat di situ. habis! dia tak expect apa2. sebab tulah jadinya ikhlas (or org yg mukhlis). mcm tulah.. sepengetahuan saya.

aaa.. antibiotik tu kena habiskan ya.. :D

darma mohammad said...

Puan Shima,

Salam.

Demikian lama saya tidak membaca blog dan tidak menulis. Petang ini saya kunjungi puan untuk mengingat kembali zaman dahulu.
Saya masih tidak mempunyai blog.

Bagus sekali puan terus aktif di tengah kesibukan tugas.

Selamat bertugas untuk puan dan suami puan.

DARMA MOHAMMAD
Pasir Mas, Kelantan.

Nazhatulshima N said...

Alam Kekal,
Baru balik daripada Sabah. Beri kursus 4 hari. Antibiotik dah habis, tapi tekak masih sakit hari ini. Mungkin terlalu banyak bercakap dan kurang berehat.

Pak Darma,
Ke mana menghilang? Ingin sekali membaca karya Pak Darma lagi. Pada 1 Jun yang lalu saya ada singgah seketika9lebih kurang 2 jam) di Kota Bahru. Kali terakhir ke Kelantan ialah ketika umur saya 5 tahun. 2 minggu lalu adalah kunjungan kedua dan saya harap akan dapat pergi lagi dan mungkin dapat bertemu Pak Darma di sana satu hari nanti.

pacak uitm said...

ha? pernah ajar sya ?? x fhm...