Wednesday, June 18, 2008

Salasilah Keluarga

Keputusan bermalam di rumah bapa saudara saya di Bandar Utama dibuat agak spontan,iaitu dalam perjalanan daripada lapangan terbang sekembali saya daripada Kota Kinabalu pada 13 Jun yang lalu.

Arwah datuk saudara saya, Haji Jaafar bin Majid semasa hayatnya telah memulakan salasilah keluarga. Saya masih ingat lagi apabila bertemu, beliau sering menceritakan tentang salasilah keluarga yang sedang diusahakan. Kata-kata yang sering diulangnya ialah,”Apabila kita merapatkan siratulrahim seseorang atau sesama kita, akan bertambahlah usia kita.” wallahalam

Setelah beliau tiada,kajian salasilah diteruskan oleh anaknya,Jalaludin Jaafar. Ketika bermalam di rumahnya, saya kagum dengan usahanya melengkapkan 7 generasi keturunan keluarga. Arwah atuk hanya ke peringkat generasi ketiga dan bapa saudara saya telah menyambung seterusnya ke generasi ke 7 dalam masa kira-kira 6 bulan. Kini, tersenarai sudah lebih kurang 1000 ahli keluarga dan akan diadakan satu pertemuan keluarga pada 20 Disember 2008 di Putrajaya.

Malam itu, saya meneliti senarai nama helaian demi helaian. Senarai nama beserta tahun lahir, status perkahwinan, nama anak, alamat rumah dan nombor telefon untuk dihubungi. Di majlis itu nanti, direktori salasilah keluarga ini akan dijual beserta pelancaran 2 buah buku ahli keluarga, 2 nama yang tidak asing dalam sejarah tanahair. Terpandang beberapa nama lain yang dikenali dalam pelbagai bidang. Mereka berada di serata tempat di Malaysia (kecuali Pulau Pinang) dan ada juga yang telah menetap di UK dan US. Terlintas juga mungkin saja ada yang berselisih bahu tetapi tidak diketahui bersaudara. Mungkin di kalangan pelajar saya sendiri merupakan saudara mara saya juga.

Teruja dan terharu apabila nama tersenarai dalam titisan keluarga berdarah Bugis ini.
Majlis pertemuan itu sudah pasti saya nantikan.

2 comments:

cutevirgo said...

bertuah puan mempunyai ramai saudara mara...jika berlaku masalah pasti ramai yang akan hulurkan bantuan....hari keluarga merupakan hari yang sangat saya sukai kerana saya dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga yang sngat ramai...hmmm mesti meriahkan...emmm besnya

is150 said...

Alhamdulillah... keep it up...