Sunday, February 15, 2009

Hanya Allah Membalasnya

Setinggi-tinggi penghargaan saya sekeluarga berikan kepada Ustaz Syazali Effendi kerana telah mengaturkan urusan solat jenazah dan menyebarkan maklumat tentang Arwah Amina Nuraini binti Adib Lukman di Masjid As-Syakirin,UiTM Johor pada jam 9 pagi,11 Februari 2009. Begitu juga kepada Ustaz Kamaruzzaman yang telah mengimamkan solat jenazah,Encik Mohd Albaihaqi yang telah mengiringi jenazah dari hospital ke masjid dan seterusnya ke tanah perkuburan di Batu Pahat untuk pengkebumian. Tidak dilupakan kepada mereka yang hadir ke solat jenazah.

Terima kasih juga kepada rakan taulan sahabat handai,para pelajar yang dikasihi yang menziarah di hospital dan di rumah,ucapan takziah melalui telefon, pesanan ringkas, emel,blog dan Facebook dan tidak ketinggalan entri
Kehilangan dalam blog Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim.

Tindakan dan doa anda semua memberi semangat dan kekuatan untuk saya hadapi dugaan ini. Semoga Allah membalasnya dengan berlipat ganda lagi.

12 comments:

AnDeH said...

Setinggi2 ucapan Takziah buat puan...

-Johari-

AnDeH said...

Salam,
puan..smg tabah hadapi dugaan Allah. Ketahuilah yang telah pergi itu Penyelamat puan di akhirat kelak. Die dah pn menanti puan di syurga, insya Allah...

-Johari-

Nazhatulshima N said...

Insya Allah Johari. Saya hargai ucapan,doa dan ingatan.

Anonymous said...

smoga Allah merahmati puan sekeluarga...takziah..

HishamMB said...

Salam.

Kami sekeluarga mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarhamah. Semoga Puan sekeluarga bersabar, yakinlah dengan janjiNYA, Allahyarhamah akan menunggu puan di pintu Jannah.

Mohd Halim Kadri said...

Assalamualaikum Shima,

Takziah dari kami sekeluarga. Semoga Allah memberikan kesabaran atas ujianNya.

Ariff Budiman said...

Salam puan
Teruskan kehidupan. itulah yang rakan-rakan ucapkan kepada saya bila isteri saya meninggal. Memang perit. Hakikatnya ujian itu pasti datang. Firman Allah yang bermaksud." Kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum di uji".
http://warna-nostalgia.blogspot.com/

Nor Fadzlina Nawi said...

Salam,

Serba salah pula sy dgn entri sy ini - http://fadzlina1977.blogspot.com/2009/02/priorities.html

Tiada niat langsung mengaitkan dgn kisah Puan Shima (can I call you Kakak, sy assume you are my senior) @ membuatkan akak rasa bersalah. It's just an expression of mine for myself.

Sesungguhnya, tiada perkataan yang dpt menggambarkan apa yang telah akak lalui & akan dilalui kelak. I guess as time passes by, hopefully the pain will slowly ease itself.

Rasulullah pernah bersabda, "Kejarlah apa yg bermanfaat untukmu, & mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan mudah menyerah & jangan pernah berkata, 'Kalau saja aku melakukan yg begini pasti akan jadi begini.' Tapi katakanlah, Allah telah mentakdirkan, & apa yg Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan."

Takziah sekali lagi drpd saya. Saya doakan Allah memberikan kekuatan kpd keluarga Amina sekeluarga untuk menghadapi hari2 yg mendatang tanpanya...

Wassalam

TSYA'Z (~_^) said...

diharap puan dapt bersabar dgn segala ketentuan yg telah ditetpkan oleh Allah.. salam takziah

Imran Yusuf said...

Semoga Allah berikan ketenangan dan ketabahan untk Shima.

Anonymous said...

Salam Shima,

Saya dah ketinggalan banyak entri Shima buat beberapa hari. Sekali baca, alahai... tak henti-henti airmata mengalir. Mungkin naluri ibu itu sama.

Moga Shima cepat sembuh ya. Amin. Amalkanlah selawat syifa, kalau boleh.

Nazhatulshima N said...

Anonymous,
Terima kasih di atas doa.

En Hisham,
Terima kasih di atas ucapan dan doa.


En Halim,
Saya hargai doa dan ucapan.

En Ariff Budiman,
Ya, terima kasih, saya sedang meneruskan kehidupan dan hadapi ujian Allah ini dengan kesabaran.

Nor Fadzlina,
Usah rasa serba salah pula. Saya telah membuang rasa kekesalan untuk seikhlasnya menghayati keredaan. Bacalah entri 22 Februari untuk memahami maksud saya.

Tsya'z,
Terima kasih di atas doa dan ucapan.

Sdra Imran,
Terima kasih di atas doa.

SitiNur,
Terima kasih di atas doa dan nasihat. Menulis juga dapat melegakan sedikit hati saya.