Monday, April 20, 2009

Pesta Buku-Tanpamu Kutetap Bibliobankrupsi

Betapa saya menahan diri untuk tidak turutserta ke Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung minggu ini. Mengapa? Tanpa pesta buku sahaja,sejak Januari saya telah berbelanja membeli buku secara online dan secara langsung dan jumlahnya mencecah ke 4 angka RM.

Saya tidak mampu lagi untuk berbelanja walau hati meronta-ronta ingin ke sana,walau sekadar untuk melihat-lihat saya tidak percaya saya dapat menahan perasaan dari tidak membeli buku.

Keputusan ini harus dibuat untuk memastikan peruntukan saya untuk menunaikan suatu hajat mencukupi dan dapat dipenuhi. Hajat apa? Biarlah rahsia buat masa ini. Saya akan menyatakannya apabila tiba masanya nanti.

Saya hanya membaca kemeriahan pesta buku dengan penuh rasa cemburu, namun prioriti tetap prioriti.

Ya Allah,izinkanku sekeluarga menjadi tetamuMu!

3 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Salam perjuangan. Banyaknya bajet beli buku ya. :D Kumpul dan pergi.

Nazhatulshima N said...

Waalaikumsalam,
Sebab dah terlebih bajetlah ni tak boleh pergi.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.