Sunday, June 28, 2009

Ziarah Madinah & Strategi ke Raudhah

4 Jun 2009

Ringkasan ziarah Madinah

7.00am Masjid Quba'
7.45am Bukit Uhud
9.00am Selesai lawatan kebun tamar
9.15am Tuju ke masjid Qiblatain
10.00am Melalui masjid 7
12.00pm Zohor di Masjid Nabawi

Strategi ke Raudhah

Hari ini saya berabaya pemberian ibu. Serba hitam. Ternyata strategi berpakaian serba hitam tidak mendapat arahan keluar dari Raudhah dari pengawal yang bertugas berbanding bertelekung putih. Kali ini saya bersolat bergilir-gilir bersama-sama Afiqah,Kak Adib dan Min. Keadaan di Raudhah masih tetap sesak.

Kami sampai ke hotel semula agak lewat,iaitu 2.40pm lalu mengundang resah di hati emak. Makanan hanya tinggal saki baki. Kak Adib diuji dengan kehilangan beg duit dan Min pula kehilangan telefon bimbitnya. Kedua-dua mereka reda dengan kehilangan tersebut.

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Salam,
Membaca pengalaman di Madinah ini mengembalikan ingatan saya semasa mengerjakan haji 2006 dulu. Hingga sekarang saya masih terkenangkan Madinah dan Makkah. Bila nak ke sana lagi? Itulah yang menjadi kerinduan sehingga kini.

Nazhatulshima Nolan said...

Insya Allah,semoga akan dijemput ke sana lagi sesegera mungkin! Kini saya amat memahami kerinduan itu.