Thursday, July 02, 2009

Makkah-Perjalanan Bermula

3.45pm,5 Jun 2009(salinan dari jurnal peribadi)
Solat sunat ihram,niat dan bergerak dari Bir Ali. Jemaah perempuan dinasihatkan berniat seperti ini;
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan ihram aku dengannya dan sekiranya aku datang haid atau lain-lain sebab maka halallah aku dengannya.”

Apabila telah berniat,kita perlulah menjaga pantang larang dalam berihram.

Lafaz talbiah mula disebut,bermaksud:

“HambaMu telah datang menyambut panggilanMu,
Ya Tuhan,hambaMu datang menyambut panggilanMu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan
adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu”


6.45pm
Bas bergerak semula setelah berhenti berehat,entah di mana. Saya tidak turun dari bas. Saya hendak mengurangkan berbual kosong, sebenarnya takut...,tersilap cakap ke..,terlintas yang tak patut ke..,maklumlah sedang berihram. Memang anti sosial betul di saat ini. Saya perbanyakkan mengaji Quran atau menulis di jurnal sahaja.

8.00pm
Bas berhenti dan kami makan malam dan solat. Tempat perhentian ini juga tidak pasti di mana tetappi kelihatan seperti di tengah-tengah padang pasir. Tempat makan pun ada yang duduk bersila di bawah. Agak sukar bagi jemaah lelaki dengan pakaian ihram mereka. Nasib baik ada satu meja dan hanya 5 buah kerusi disediakan. Makan nasi lauk kambing satu hidangan berkongsi 2 orang sebab banyak sangat.

9.00pm
Menanti di dalam bas sambil merenung kembali perjalanan hari Jumaat yang mulia ini.
Syukur Ya Allah!...(Dialog hati)

10.30pm
Tiba di Hotel Al-Khaleej di Jalan Khalid al-Walid. Katanya 4 bintang berbanding hotel asal yang sepatutnya dalam jadual hotel lain,hanya 3 bintang. Tak kisahlah berapa bintang pun ,syukurlah ada tempat tinggal.

11.00pm
Setelah barang di letak di bilik,kami berjalan kaki ke Masjidil Haram,kira-kira 700 meter. Di kiri kanan terdapat bangunan yang sedang diruntuhkan dan keadaan sungguh berdebu. Bayang masjid masih belum kelihatan. Menyusuri jalanan dengan penuh debaran dan bacaan talbiah diulang-ulang sehingga kaki dijejak di hadapan pintu Raja Aziz,taklimat ringkas dan peringatan oleh mutawif diberi.

...akan bersambung Saat Terpandang Kaabah

2 comments:

Mawar said...

Salam Shima
alhamdulillah akhirnya selamat menunai umrah. ya, pengalaman dan kembara spiritual yang sukar untuk diceritakan semula. hanya Dia yang Tahu betapa meruntunnya hati semasa mahu pergi, tika betul2 di hadapan rumahNya dan apalagi saat dalam ihram, betapa kita mahu selalu dalam keadaan begitu. saya juga sudah rasa mahu mengulanginya!

Nazhatulshima Nolan said...

Insya Allah,semoga kita sama-sama dijemputNya kembali menjadi tetamuNya!