Wednesday, July 08, 2009

Masjidil Haram-Usai Umrah Wajib

2 pagi,6 Jun 2009

Selesai umrah wajib, Kak Adib, Adib dan Abang Khir ke hotel semula untuk mengambil emak yang masih dalam ihram dan akan ditolak dengan kerusi roda untuk melengkapkan umrahnya.

Jam hampir menunjukkan 2 pagi dan saya bercadang untuk terus tinggal di Masjidil Haram sehingga solat Subuh. Afiqah kelihatan keletihan dan mahu pulang ke hotel.

"Nantilah kita tunggu Ayah (Adib) dan Mak Long (Kak Adib) datang semula bawa atuk. Kakak boleh balik ikut mereka."

Sementara itu saya dan Afiqah duduk memandang Kaabah yang baru 2 jam dilihat buat pertama kalinya. Tidak lama kemudian kami menunggu di kawasan saei kerana ingin menghantar Afiqah pulang bersama-sama Adib. Setelah lama menanti,masih lagi tidak kelihatan. Lalu saya mengajak Afiqah ke kawasan solat wanita berdekatan untuk solat dan mengaji Al-Quran. Saya faham dia keletihan, namun saya katakan kepadanya, "Kakak,ibu tak nak buang masa jalan ke sana ke mari mencari ayah. Kalau kakak penat,baringlah di sebelah ibu. Ibu nak solat di sini sehingga waktu Subuh dan kemudian buat tawaf sunat barulah kita balik ke hotel semula."

Afiqah kelihatan keberatan untuk tinggal dan saya katakan,

"Kakak,bukan mudah untuk ibu nak kumpul duit untuk kita berempat kerjakan umrah,banyak jumlahnya. Wang terkumpul hasil kerja ibu kurang lebih 10 tahun serta gaji bulanan ibu dan bila sudah sampai di sini kakak memilih untuk berada di hotel daripada di Masjidil Haram,"luah saya agak kecewa, "tetapi kalau kakak nak pergi ke hotel semula sekejap lagi kita carilah Ayah atau Mak Long."

Tidak lama kemudian dia bertukar fikiran dan terus tinggal bersama-sama saya sehingga solat Subuh dan mengikut saya bertawaf sunat.

Kami berdua pulang semula ke hotel sekitar jam 5.30 am dan terus bersarapan sebelum kami masuk ke bilik merebahkan badan ke katil. Hampir 26 jam tidak melelapkan mata. Saya ke Masjidil Haram semula jam 11.30am untuk bersedia solat fardu Zohor pula. Kini bersama-sama Adib.

4 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Perjalanan beribu batu, menjelajah pelusuk dunia, menerawang kota raya besar an megah, tentunya tidak sama selangkah di hadapan Kaabah. Pada susuk hijamnya, terjelma seribu keinsafan, kekesana, kerendahan diri, dan terbinalah pula titis iman yang terluang sekian waktu.

Dan aku sering sahaja berdoa; "Ya Allah, Kau gantungkanlah hatiku ini, dan hati-hati kami semuanya pada penjuru setiap Kaabah suci-Mu demi rahmat dan redha yang kami harapkan."

Nazhatulshima N said...

Amin Ya Rabbalalamin!

Ustaz Nawawi,
Syukur Alhamdulilah kerana diterbitkan rasa keinsafan,kekesanan dan kerendahan diri. Mohon didoakan tidak dibolak-balikkan hati dalam usaha mencapai keredaanNya.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Tahniah kerana berjaya sampai di sana! Terima kasih kongsi pengalaman di sini. Teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Berlinang airmata membaca kisah umrah Shima. Terima kasih berkongsi pengalaman. Moga dipermudahkan pula saya sekeluarga ke sana.

Kagum cara Shima mendidik anak2.. Tahniah.