Monday, March 22, 2010

Saya Diuji Lagi! Doa Termakbul 3

Syukur alhamduliah saya diuji lagi.

Kini dengan khabar berita gembira yang masih belum dapat saya umumkan. Berita gembira yang lebih daripada yang saya jangkakan dan harapkan.

Saya berdoa agar tidak menjadi umat yang kufur nikmat Allah yang telah dilimpahkan. Ternyata doa di rumah Allah tahun lalu, termakbul satu persatu.

Maka,mintalah TERUS secara langsung kepada Allah,nescaya akan dikabulkanNya. Sentiasa bersabar dan tidak berputus harap sekiranya lewat dikabulkan kerana Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya dan Yang Maha Berkehendak menetapkan bila sepatutnya perkara itu berlaku.

Susah atau senang,kedua-duanya UJIAN. Amin!

4 comments:

Wan A. Rafar said...

Ujian adalah sesuatu yang lumrah. Dan seseorang itu belumlah lagi beriman selagi belum diuji. Kemanisan hidup akan dapat dirasa apabila kita berjaya menghadapi ujian.

Maaf kerana terlupa mengingati Shima ketika dalam sesi dengan Baha Zain di gerai ITNM tadi.

Naim said...

moga lulus UJIAN.

@NAIMISA

Wan A. Rafar said...

Ujian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seseorang manusia. Seseorang belum boleh dikatakan beriman sebelum diuji. Begitulah sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Dan kemanisan hidup akan dapat dikecapi jika kita berjaya menghadapi ujian itu. Diharap puan bersabar dan tabah.

ateelia said...

Salam Ramadhan dan Salam Perkenalan
Kita saudara seperjuangan di medan ilmu. Terpesona dengan siri blog yg saudari hasilkan. Bijak mengatur kata-kata bahasa ibunda mahupun bahasa universal itu... saya mengimpikan kepakaran yg dipunyai saudari.
~ry~ @ateelia