Wednesday, April 01, 2015

April 1 Mencabar

Betapa hari ini amat mencabar buat saya. Sehinggakan saya telah diuji kesabaran dan gagal mengawal diri. Tidak dapat bersuara mengatakan sesuatu dan dengan menahan rasa begitu membuatkan saya hanya dapat mengalirkan air mata dan rasa begitu sesak di dalam dada. Segala yang disuarakan tidak kena dan apabila berdiam pula,dengan mengalirkan air mata juga turut menjadi kemarahan. Cuba untuk mengeraskan hati dan untuk jadi tidak peduli tetapi gagal lagi.

Ya Allah! Ya Allah! Ujian kesabaran ini memilukan. Suara hatiku didengari dan satu petunjuk didatangkan di dalam hati yang masih terasa hiba. Segera bermuhasabah diri. Berkata-kata dalam hati. Memujuk diri.Senyum. Syukur. Solat. Kembali kepadaNya.

2 comments:

Mawar Safei said...

Sahabat,
DIA Maha Mendengar hatta tiada suara...mudah-mudahan lebih tabah.

Nazhatulshima Nolan said...

Terima kasih wahai sahabatku! Aamiin.