Thursday, June 11, 2015

3 Ayat Hari Ini

Tiada apa yang luar biasa berlaku pada hari ini tetapi hanya tergerak hati untuk menulis sesuatu setelah seharian menanda tugasan pelajar dan pelajar datang bertemu dan diikuti dengan sesi ujian temuduga untuk pelajar ijazah perakaunan mulai jam 2 petang sehingga 6:30petang dan hanya berehat seketika untuk solat Asar dan berakhirlah ujian untuk satu kelas untuk semester ini menggantikan waktu yang akan terisi untuk sesi semakan kertas soalan akhir pada minggu hadapan justeru saya telah menggantikannya dahulu pada hari ini kerana pada minggu hadapan kelas akan berakhir pada hari Selasa dengan sesi temuduga untuk satu kelas lagi dan kemudian bolehlah saya ke kuliah hadis jam 12 dan seterusnya tamatlah perkuliahan untuk semester ini dan hanya perlu semak segala tugasan pelajar dan melengkapkan 2 kod soalan peperiksaan pula yang akan disemak dan saya juga perlu menyemak soalan yang dibuat oleh rakan sekerja sebelum pembetulan dibuat dan dihantar  dan saya bolehlah menarik nafas seketika untuk menyambut kedatangan Ramadan dan melangsaikan pemarkahan untuk 50 kumpulan laporan pelajar sementara menanti skrip jawapan akhir yang akan berkunjung pada 2 Julai dan perlu disemak segera sebelum 1 Syawal menjelma maka selepas itu tamatlah urusan kerja kononnya namun masih ada lagi perkara yang tertunggak iaitu penulisan laporan akhir penyelidikan kecil yang saya telah menyanggup untuk melaksanakannya dan yang paling utama ialah satu lagi perkara yang masih belum menoktah ialah sesuatu yang masih berada di dalam kepala ini dan saya akan menyambung semula pada malam esok dan menutup suis hal berkaitan kerja kerana saya perlu memetik suis penulisan tesis yang saya mahu sudahkan segera.

Ah begitulah sebahagiannya saya tumpahkan di sini kerana perlu dikosongkan sebelum diisi dengan perkara yang utama dan akan dialirkan lagi.

Sekiranya ini dibaca berterusan tanpa henti,begitulah gambarannya lebih kurang hari ini.

No comments: