Thursday, June 18, 2015

Pengisian Ramadhan

Memulakan sesuatu perubahan tabiat di bulan Ramadhan lebih mudah dilakukan pada bulan ini. Rutin harian berubah dan yang saya suka ialah saya tidak perlu memikirkan dan memperuntukkan waktu untuk makan. Tidak perlu memikirkan perut saya lapar dan perlu mencari makanan atau menyediakan makanan. Berapa banyak waktu yang telah digunakan untuk mencari,menyedia dan mengemas atau setidak-tidaknya duduk di tempat makan? Apabila kita tidak memikirkan segala hal itu, dapatlah ruang tersebut digantikan dengan lebih produktif.

Segala waktu tersebut dapat diisi dengan 'makanan rohani' yang mungkin telah agak  terpinggir dek kesibukan harian. Segala yang wajib dapat dilakukan tepat pada waktunya ditambah lagi dengan yang sunat yang sebelum ini mungkin tidak terlaksana secara istiqamah. Pengisian minda dengan bacaan ayat al-Quran yang dialunkan sendiri setiap waktu usai solat dapat dilakukan dengan lebih lama dan kerap berbanding waktu di luar Ramadhan.

Mengawal kata dan fikir dan memilih rasa, kerana kesemuanya yang diisi dapat mempengaruhi kualiti amalan kita.

Semoga kita semua dapat menjaga kualiti ibadah dengan menyisih segala yang maksiat dan membuat segala tuntutan Ilahi untuk mencari keredaanNya. Insya-Allah.

2 comments:

Mawar said...

Shima
Ramadhan Kareem.
Mudah mudahan ibadah kita tidak sia-sia.

Nazhatulshima N said...

Aamiin. Insya-Allah. Selamat menghayati Ramadhan dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaanNya.