Monday, September 25, 2006

Awal Ramadan 1427

Apakah yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila juadah yang dimasak semuanya dinikmati dengan penuh selera dan dapat dihabiskan oleh anak-anak dan suami?

Di waktu lapang, saya suka memasak masakan kegemaran mereka dan kadangkala mencipta resipi sendiri. Kebiasaannya saya hanya memasak makanan kegemaran anak-anak, Afiqah dan Arif atau ayahnya,Adib. 1 Ramadan, lauk kegemaran Arif Nukman jadi pilihan,iaitu masak lemak ketam. Afiqah Nadzirah pula berselera barat, dengan kambing bakar yang telah saya perapkan dengan rempah ratus beberapa jam sebelumnya. 2 Ramadan, pilihan Afiqah, spagetti bolognaise, yang telah saya fusionkan dengan rempah tom yam. Strawberi jeli dan pudding mangga segera juga pilihan Afiqah.

Esok, kelas telah bermula, sampai jam 6 pula. Tak pasti lagi masih berkesempatankah saya menyediakan makanan kegemaran mereka?

Mungkin juga berbuka puasa di masjid UiTM sahaja bersama warga pelajar dan staf yang lain. Boleh juga sambil merapatkan siratulrahim.

Di ‘Through My Eyes’ (blog Bahasa Inggeris saya), saya mengimbau kenangan Ramadan 16 tahun lalu. Jemputlah ke sana!

7 comments:

ufukhati said...

Puan shima,

Bagus melatih anak-anak berpuasa. Insya Allah ia akan menjadi amalan dan kebiasaan.

Selamat menghayati keberkatan puasa.

wan a. rafar said...

Dan apakah yang lebih menggembirakan seorang suami atau anak-anak, selain mendapat isteri atau ibu yang memahami selera mereka?

Selamat berpuasa.

Scarlet Kingsnake said...

"Apakah yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila juadah yang dimasak semuanya dinikmati dengan penuh selera dan dapat dihabiskan oleh anak-anak dan suami?"

saya jawab ya..

"semestinya jika semuanya turut sama mengemaskan meja dan mencuci pinggan mangkuk selepas itu".

:D, selamat berpuasa Shima & family.

hakim dirani said...

Nasib baik saya palin suka masakan mak saya,kalau tak tentu dia sedih.

Salam Ramadhan

annyss said...

Shima,
Salam Ramadhan. Alahai, seronoknya berbuka puasa! Bila nak datang Seremban, jemput berbuka di rumah.

ikhlas,
Nisah Haron

neomesuff said...

..thanks for dropping by my blog...urmm rajin u masak ye. m not that rajin janji depa makan je ahaks btw i can transfer u the song FOOLISH BEAT if u dont mind giving me your email add. mine neome2611@yahoo.com.
SELAMAT BERPUASA!

Nazhatulshima Nolan said...

Pak Darma,
Saya juga berharap begitu,anak-anak dapat menjadikannya amalan dan kebiasaan.

Selamat menghayati keberkatan Ramadan!

Pak Wan,
Selamat berpuasa juga. Sebenarnya mereka juga memahami saya kerana menghabiskan makanan yang saya masak.

Syah,
Sudah tentu itu satu bonus. Alhamdulilah, semua membantu mengangkat pinggan,membasuh dan mengemas meja,walaupun seringkali perlu diingatkan (anak-anak). Ayahnya memang selalu bantu. Terima kasih!

Selamat berpuasa untuk Syah sekeluarga juga!

Hakim,
Tentu sekali sedang merindui masakan ibu sekarang. Betul tak? Mungkin juga lepas ini menggemari masakan orang Syria?

Nisah,
Setakat ini, hanya berbuka di Segamat sahaja. Batu Pahat pun tak balik lagi. Banyak kertas periksa nak tanda. Insya Allah kalau ada jalan ke Seremban . Kalau tak, raya sajalah,ya?

P/S:Tahniah, buku baru! Ada tulisan tangan SN A. Samad Said lagi. Bila agaknya saya berpeluang begitu?

Neomesuff,
Rajin tu taklah sangat. Kebetulan hari tu masa cuti, oklah...hari kerja, buka puasa di masjid UiTM atau di luar je.

Terima kasih,'Foolish Beat'(terkenang zaman sekolah dulu-dulu). Emel , alinazsh@yahoo.com

Selamat Berpuasa juga!