Showing posts with label Phd. Show all posts
Showing posts with label Phd. Show all posts

Friday, April 10, 2015

Melukis Kata

Bercakap tentang sudah lama tidak melukis dengan kata-kata di entri yang sebelumnya, saya juga mahu mengejutkan diri sendiri. Lekanya saya dengan tugasan pengajaran dan membuat soalan peperiksaan sehingga tidak mengganjakkan jumlah perkataan dalam tesis sepanjang bulan Mac seperti yang dirancang. Saya telah membenarkan tugasan hakiki mendahului mengisi ruang. Malam ini saya mahu  kembali mengutip kembali segala yang bertaburan. Mengemaskan segala yang berselerakan. Mengisi yang masih lompang. Membuang yang tidak perlu.

Semoga tetap diberikan kekuatan, kesihatan dan kelancaran berfikir dan menulis sehingga tamat. Insya-Allah!

Thursday, November 27, 2014

Bertapa Lama

Ibarat terkenangkan sahabat lama yang telah sekian lama tidak berhubung.

Begitulah saya di saat ini. Di dalam keadaan kesibukan yang melampau,'sahabat lama' ini muncul di ingatan. Sekian lama saya tidak menegur dan mencuit blog ini. Malam ini, jari saya menari di sini lagi. Barangkali untuk mengalirkan segala yang tersimpan di dalam hati dan fikiran. Atau kalau pun tidak segala yang tersimpan,apa-apa saja yang terlintas.

Malam ini hari terakhir untuk minggu ke 11 buat semester ini. Kebiasaannya, pada malam ini saya akan  bertukar fokus dari seorang pensyarah kepada pelajar sepenuh masa. Adakala saya mungkir janji kepada diri kerana masih saja melayan para pelajar saya secara maya. 

Semester ini saya mengajar 11 kelas  berbeza,22 jam seminggu dan sebanyak 5 subjek berbeza iaitu:

1. Communication and Interpersonal Skills-2 kelas
2. Report Writing - 2 kelas
3. Presentation Skills -3 kelas
4. English for Report Writing - 1 kelas
5. English for Academic Reading -3 kelas

Dan sebenarnya, ini membahagiakan!
Biarpun melengahkan pencapaian cita-cita yang masih semarak di hati. 
Tetap yakin akan pembahagian dan ketentuan Ilahi.

Kembali semula ke ruang pertapaan.   

Thursday, April 10, 2014

Cuti Pertengahan Semester

Kebiasaannya hari Khamis adalah hari saya membuat persediaan mengajar untuk sepanjang minggu dan terutama sekali untuk hari Ahad yang padat sepanjang hari hingga 6 petang. Tetapi tidak untuk minggu ini kerena pelajar akan bercuti.

Saya pula yang akan jadi pelajar sepenuh masa seketika,menyudahkan penulisan tesis.

Tuesday, April 01, 2014

Hantar!?

1 April?

Ya Allah!

Bulan 4?

Soalan bernada-tidak-tahu-apa-lagi-nak-kata.

Leka dengan persediaan pengajaran di atas nama tanggungjawab dan telah mengabaikan tanggungjawab pelajaran saya sendiri.

Sedar-sedar,penyelia 'bertanya khabar'.

Saya rasa macam hari-hari 'pegang' dan 'tolak' kerja saya. Gerak?

Memang gerak, tetapi masih tidak memadai untuk membenarkan saya meletakkan titik noktah dan

HANTAR.

Sunday, February 23, 2014

Jadual Kuliah Semester


Jadual pengajaran kuliah semester ijazah akan bermula pada 2 Mac 2014.

Saya akan mengajar 3 kursus berbeza,iaitu:

 1. BEL 492  Presentation Skills (3 kelas berbeza)
 2. ELC 500  English for Academic Reading (4 kelas berbeza)
 3. EWC 661 English for Report Writing (1 kelas)

Jumlahnya bersamaan 8 kelas untuk 16 jam seminggu.

Jumlah pelajar akan diketahui pada minggu hadapan.

Doakan saya diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab ini.

Teruja akan bertemu pelajar lagi.

Di sisi lain, saya juga perlu melengkapkan penyediaan soalan peperiksaan. Tarikh akhir penghantarannya,2 minggu lagi.

Semoga diberikan kelapangan dan dipermudahkan juga saya untuk meneruskan pengajian PhD secara sambilan kembali sehingga tamat.

"PhDku yang 'Ranjau Sepanjang Jalan...' "
"Kuatkan semangatmu Nazhatulshima!"

Friday, August 27, 2010

Deretan buku
Timbunan kertas
Segunung ilmu
Minta digalas

Rimba kata
Telah kutebas
Pendakianku
untuk ke atas.

~Hati kembali terdetik menulis di sini setelah meninggalkannya beberapa bulan kerana tumpuan terarah ke penulisan tesis

Monday, May 10, 2010

Akhirnya

Surat rasmi yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua di saat kerisauan saya memuncak dan hati meronta-ronta ingin fokus menulis draf tesis dan menganalisa data.

Saya telah memohon untuk bercuti belajar tanpa biaya kerana ingin fokus dan segera selesaikan ijazah kedoktoran saya.

Syukur Alhamduilah,surat yang diterima bertulis

TAWARAN BIASISWA DI BAWAH SKIM LATIHAN STAF UiTM BAGI TAHUN 2010.

Sesungguhnya khabar gembira telah diterima setelah bersabar sekian lama.

Insya Allah, sasaran saya ialah untuk tamat pengajian selewat-lewatnya pada 2012.

Mohon doakan kejayaan saya.