Friday, September 01, 2006

Orang Berbudi Kita Berbahasa...

...Orang Memberi Kita Merasa

Berikut adalah catatan emel PENGHARGAAN saya kepada semua warga UiTM Johor, pensyarah dan staf. Sekadar berkongsi.

Anugerah Aktiviti Pelajar 2006 : Kelab Debat & Pidato
Kelab Terbaik : Kelab Debat & Pidato (Pemenang)
Siswa Harapan: Sallehin Mokhtar (Finalis)
Siswi Harapan: Nur Sharizad Shahimi (Finalis)
Joanna Ghazali (Finalis)

Pemimpin Siswa Terbaik: Ahmad Farihan (Finalis)
Pemimpin Siswi Terbaik: Siti Halimatul Saadiah (Pemenang)
Fatmah Faisol (Finalis)

Penasihat Terbaik: Pn Nazhatulshima Nolan ( Pemenang)
En. Syamsul Samsudin ( Finalis)

* Nama yang saya sebut di atas adalah para pendebat/penasihat yang menjadi Finalis dan Pemenang sahaja

Syukur Alhamdulilah kepada Allah s.w.t di atas pencapaian keseluruhan warga Kelab Debat dan Pidato.

Untuk makluman semua , sepanjang tempoh 2 tahun iaitu, Januari 2005 sehingga Ogos 2006,Kelab Debat dan Pidato telah menganjurkan dan juga menyertai pertandingan berjumlah 31 kesemuanya, tidak termasuk aktiviti latihan mingguan. Di sepanjang tempoh berikut sudah tentunya kami tidak dapat bergerak tanpa sokongan pihak – pihak berikut:

JASAMU DIKENANG:
1. Pengarah
Prof Madya Dr. Omar Samat
-memberi sokongan dengan meluluskan kertas kerja serta merasmikan majlis- majlis kami
Bekas Pengarah
Prof Madya Dr Mohamed Hashim bin Mohd Kamil
-memberi sokongan dengan meluluskan kertas kerja serta merasmikan majlis-majlis kami
Puan Shamsiah binti A.Rahman
-menerima maklumat pertandingan dan mengeluarkan surat arahan bertugas

2. Timbalan Pengarah (HEA)
Prof Madya Arun Mohamed
-memberi pelepasan kuliah kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti debat
Cik Mardiyana binti Ibrahim
- menguruskan surat pelepasan kuliah para pendebat

3. Timbalan Pengarah (HEP)
Prof Madya Zaluddin Sulaiman
-memberi sokongan dengan meluluskan kertas kerja serta merasmikan majlis- majlis kami

Puan Haslina binti Hussin
-menyampaikan maklumat pertandingan

Staf HEP:
Penolong Pendaftar HEP
Puan Nor Aishah binti Haji Husain
Puan Rohani Jangga
Puan Hamedah Haji Samsuri
- menguruskan urusan pemergian ke pertandingan dan aktiviti,borang-borang,surat menyurat dan laporan
Encik Zaharudin bin Othman (urusan Speaker’s Corner)

4. Bendahari

Tuan Haji Mohd Yusof bin Mustapa
Puan Hajah Ruwiyah binti Mohd. Tahar
Puan Yang Chik binti Haji Abd. Wahid
Encik Onn bin Haji Ab. Majid
Encik Md Fadly bin Abdullah
Encik Awal Ludin bin Haji Ibrahim
Cik Rosfaizah binti Muslim
- menguruskan kewangan, LO dan pendahuluan

5. Unit Pentadbiran –

Puan Zainah binti Ani
Tuan Haji Ariffin bin Salleh
-menguruskan kenderaan

Encik Zuraidi
-menhantarkan surat, memo dan pekeliling

Encik Razib bin Marzuki
-mengambil gambar aktiviti

6. Unit Kenderaan
Para Pemandu bas dan kereta yang membawa kami ke destinasi pertandingan 7.

ILQAM/USPP
Ustaz Saidin bin Wan Ismail
Encik Roslan
Encik Zainal Tumpang
- urusan rakaman aktiviti

8. Unit Percetakan
Encik Mohamad Latif bin Abdul Talib
Encik Hasrin bin Haji Ariffin
–mencetak bahan –bahan aktiviti
9. Unit Keselamatan
10. Unit Penyelenggaraan
11. Para Pensyarah yang berkorban masa cuti Sabtu Ahad dan sebelah malam menjadi hakim
12. Cik Gouri dan Encik Syamsul Samsudin( Penasihat KDP) serta Puan Haryati (pernah menjadi Penasihat)
13. PM Arun Mohamed dan Cik Normah Ismail( Penasihat KDP sebelum saya) yang mempelawa saya menjadi Penasihat setelah 2 bulan berkhidmat di UiTM Johor,iaitu sejak Disember 2003.

*Nama yang saya telah senaraikan adalah mereka yang saya sering berurusan secara langsung apabila menguruskan aktiviti Kelab Debat & Pidato. Sekiranya ada nama yang tidak disebut tetapi hakikatnya anda ada menyumbang tenaga dan masa ,saya mohon maaf.

Saya doakan semoga Allah membalas segala khidmat bakti anda dan segala urusan anda semua dipermudahkan juga. Insya Allah.

Saya juga memohon maaf seandainya sepanjang berurusan dengan anda semua terdapat perbuatan atau tutur kata yang menyinggung perasaan atau menyusahkan. Kejayaan kelab ini adalah hasil bantuan anda semua juga.

Sesungguhnya penilaian ini adalah dari sudut pandangan manusia. Saya memohon begitulah juga di sisi Allah s.w.t.

P/S: Mulai 2hb hingga 5hb September 2006, Kelab Debat & Pidato menghantar 6 pasukan debat Bahasa Inggeris dan 2 pasukan Bahasa Melayu ke Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2006 di UiTM Shah Alam. Diharap dapat mendoakan kejayaan kami.

Sekian,terima kasih.

Ikhlas,
Nazhatulshima Nolan
Pensyarah Bahasa Inggeris
Merangkap Penasihat Kelab Debat dan Pidato
(Sejak Disember 2003 hingga kini)

6 comments:

ufukhati said...

Puan shima,

-----TAHNIAH-----

wan a. rafar said...

Puan Shima,
Saya juga mengucapkan tahniah kepada anda. Anda juga tidak lupa memberi kredit kepada orang-orang di belakang tabir - satu amalan yang sangat baik. Semoga anda terus berjaya.

mki said...

Shima,
Tahniah. Nampak kegembiraan dan perasaan gembira puan.

rosnita said...

Kak shima,

Tahniah diatas kejayaan ini. Semoga kak shima sentiasa berjaya.

neomesuff said...

Hi - got your blog add when i was 'googling' for UITM Johor web - I was DBS 7/1990-1992 student there - then ADBS til 1994 in Shah Alam - amazed on how UITM Johor has 'grown' - and amazed by your writing! keep it up!

Nazhatulshima Nolan said...

Pak Darma,
Terima kasih!

Pak Wan,
Terima kasih. Seringkali orang terlupa orang di sebalik tabir apabila mengecapi kejayaan. Saya harap saya tidak begitu selamanya.

Prof Kamil,
Di sebalik kegembiraan,penuh dengan 'onak' dan 'duri'. Pelbagai pengalaman berurusan dengan staf dan pelajar yang saya tempuhi dengan penuh kesabaran untuk memastikan kelancaran program dan pengurusan kelab secara keseluruhannya. Namun, ia lebih mematangkan saya dan mengajar saya pelbagai ragam manusia.

Ros,
Terima kasih melawat blog akak. Bila Ros nak berblog pula? Kalau dah ada, berilah alamatnya.

Neomesuff,
Selamat datang ke blog saya. Memang menarik bila berjumpa dangan orang yang 'tersesat'. sebagai contoh, di blog 'Through My Eyes', saya dikunjungi oleh penulis blog dari Norway yang kebetulan sedang mencari kawan saya sejak 16 tahun lamanya.