Sunday, February 08, 2009

Hidup atau Mati?

Ada 10 hari lagi kisah kembara saya di Australia yang ingin saya nukilkan di sini. Fokus berallih seketika apabila kelas bermula sejak akhir Disember dan kerja penyelidikan dan ditambah juga dengan dengan kesihatan yang menuntut saya lebih banyak berehat dan tidak terlalu lama duduk atau berdiri.

Namun kerinduan menulis menghasilkan puisi Rasa Rindu Rasa di entri sebelum ini.

Sepanjang minggu saya mendapat cuti sakit dan dinasihatkan banyak berehat. Walau saya tidak sihat,Alhamdulilah kandungan saya yang berusia 6 bulan kini berada dalam keadaan yang sihat. Bergerak aktif, dan menurut pemerhatian doktor,dalam keadaan yang baik - uri di atas,air ketuban yang banyak dan kedudukan bayi juga baik dan kemungkinan besar anak ketiga ini seorang perempuan. Terasa lega sedikit kerana saya amat risau sekiranya ada apa-apa yang tak kena dengan bayi dalam kandungan.

Apabila di dalam kesakitan,terlintas di hati saya tentang kematian. Sesungguhnya setiap kali saat hampir melahirkan, akan ada dua kemungkinan. Hakikat terus hidup atau sebaliknya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Perasaan akan hampirnya ajal membuatkan saya lebih teliti tentang apa yang saya lakukan dan katakan kerana saya percaya setiap perbuatan, percakapan dan perasaan saya merupakan 'pendidikan awal' kepada bayi di dalam kandungan.

Saya berdoa saya akan terus hidup untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ibu tetapi andai tertulis sebagai mati syahid, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

8 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

Salam Puan Shima,

I heard of the sad news from Prof Kamil's blog. My whole hearted condolence to you and family. I pray that Allah gave you strength to face this adversity.

Fadzlina
Melbourne

a.s.h.a.r said...

Salam Puan Shima.

Kuatkan semangat dan keyakinan
pada-Nya

Allah akan sediakan yang terbaik untuk Puan dan Arwah. Tentunya, perkara yang dilalui ini juga tanda kasih sayang-Nya pada Puan dan keluarga. Allah lebih sayangkan anak kita.

Melihat Kesunyataan said...

Salam buat Shima,
Semoga lebih tabah dengan ketentuan Ilahi -percaya kepada Qadak dan Qadar-Nya. Saya terbaca berita sedih ini dalam blog Pof. Dr. Muhd. Kamil.
'kita belum sempat untuk menyapa
atau melihat rupa..
perahu telah menjauh ke tengah'.

SitiNur said...

Salam Takziah buat Shima.

Mengalir airmata saya mengetahui berita kehilangan Shima drp Prof Kamil.

Moga terus tabah, ya. PerancanganNya Maha Hebat buat kita semua. Sentiasa berhikmah dan hanyalah yang terbaik.

Saya doakan kesihatan dan kesejahteraan Shima sekeluarga, selalu. Amin.

NORLELA ZUBIR said...

Assalamualikum. Salam takziah buat puan dan keluarga. Semoga puan dapat bersabar menerima dugaan ini. Mudah-mudahan Allah akan berikan gantinya, insyaAllah.

cikgu zainab said...

Salam Shima,
Kak nab baca kat blog prof.Takziah buat shima & famili. Sabar ya dik. Kak nab pun pernah kehilangan anak yang baru jer bbrp jam dilahirkan. kami pasrah dgn Qadak & Qadar.Semoga anak itu menunggu kita di Syurga!

Nazhatulshima Nolan said...

Terima kasih semua.Saya menerimanya dengan penuh keredhaan.

FaRuHa said...

Salam Pn. Shima,

Saya berkunjung dari blog MKI, semoga Shima tetap tabah. Ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.