Saturday, February 20, 2010

Tetap Terus Tulis

Sudah sekian lama hati terasa berat untuk menumpahkan kata-kata di sini. Saat ini hati saya digerakkan semula. Saya rasa terpanggil menulis kerana ada seorang rakan Facebook saya ketika bersembang dengannya beberapa jam lalu memberitahu saya bahawa dia menyuruh anaknya membaca blog saya untuk persediaan penulisannya untuk UPSR.

Tiba-tiba saya rasa malu kerana telah lama tidak kemaskini blog ini. Blog yang pada asalnya saya tulis kerana ingin melatih diri sendiri menulis Bahasa Melayu Tinggi dan juga sebagai wadah untuk ekspresi diri kini kian terpinggir.

Kesibukan bukanlah sebabnya. Saya juga tidak tahu kenapa hati terasa berat untuk menulis. Ada juga catatan yang hanya tinggal dalam simpanan draf dan tidak diterbitkan di sini.

Apabila saya membaca kenyataan asal tentang 'tidak tahu kenapa',saya cuba bertanya kembali kepada diri saya.

"Apakah benar?"

Sejujurnya saya ada jawapannya dan biarlah saya tidak menyatakannya di sini.
Ringkasnya,hanya berat hati untuk menulis di sini walau di wadah lain saya tetap menulis.

Saya tetap terus menulis...walau tidak di sini.

Terima kasih kepada yang setia membaca.

4 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Salam,
Betul tu, Pak Lang setuju yang penting mesti terus menulis. Meski tidak semua yang mesti diluahkan dlam blog.

Nazhatulshima N said...

Terima kasih Pak Lang. Cumanya apabila ada beberapa pembaca blog yang bertemu saya dan membuat kenyataan lama saya tidak menulis, terasa bersalah pula. Seakan terhutang.
Di sudut lain,saya sedar saya seharusnya tidak bazirkan kata-kata di sini dan seelok-eloknya menghantarnya untuk penerbitan.

mohamad kholid said...

salam singgah... semoga sentiasa lestari menulis!

JHaZ KiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)