Tuesday, January 07, 2014

Sebak

Tidak dapat mengawal rasa pilu. Panggilan telefon yang kelmarin
dibuat kepada ibu arwah membuatkan airmata mengalir laju. Rasa seperti ada sesuatu tersekat di dada. Cuba menahan daripada menangis. Gagal. Lidah jadi kelu untuk meneruskan bicara. Orang yang mempunyai sakit serupa seperti saya pertama kali saya temui secara bersemuka dalam keadaan dia telah koma telah pergi tidak kembali lagi setahun yang lalu. Ya,setahun yang lalu di saat saya disorong keluar dari ruang ICU HUKM setelah menjalani pembedahan otak,seorang gadis berusia 16 tahun dibawa masuk.
Minggu ini 2 kali saya pergi ke hospital untuk temujanji susulan. Isnin lalu di HUKM untuk menjalani MRI dan pagi tadi pula ke Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru. Alhamdulilah!

Di sebalik sebak dan linangan airmata,ada suatu tekad yang tersimpan.

2 comments:

fatmah said...

Be strong puan...u such a great woman I ever met...!

Nazhatulshima Nolan said...

Thanks. Alhamdulilah,kekuatan pinjaman Allah jua. Baru tergerak hati dapat menjengah blog semula malam ini. Harap Fatmah sekeluarga sihat walafiat.