Monday, February 13, 2017

Sekuntum Mawar Merah di Bulan Februari


Saya mahu 'melahirkan' sesuatu pada tarikh kelahiran saya.
Sesuatu yang lahir daripada minat yang mendalam terpendam lama.

Mawar merah ini dilakar dan diwarnakan dengan pensel warna sebagai terapi minda
di saat selesai memeriksa kertas peperiksaan para pelajar pada 31 Julai 2015. 

Ini merupakan lukisan kedua terhasil setelah saya memulakan yang pertama,iaitu bunga raya berwarna kuning yang ditanam di halaman rumah.
Kemudian,permintaan demi permintaan menyusul.

Pada ketika itu, saya tidak membayangkan akan melahirkan apa yang ada pada hari ini. 
Kini, lukisan ini diabadikan dalam bentuk berbeza dan boleh dimiliki oleh sesiapa yang berhajat. 

Hadiah kepada diri di hari ulangtahun kelahiran,

Klik di pautan di bawah

Passionate Red Rosebud Series

Angan-angan dan cita-cita menjadi nyata.

Alhamdulilah.

Suka?
Boleh terus berkunjung ke Galeri Maya Nazhatulshima
untuk melihat lukisan yang seterusnya.

Masih di dalam proses memindahkan lukisan yang lain-lain
 yang setakat ini ada 60 bilangannya,


Kredit foto: Aizil dari Creative United
Pautan untuk hasil kerja saya ,boleh lihat di sini Creative United Artist

Thursday, January 05, 2017

Ikatan Halus Menghubung

(Dipadam untuk penerbitan karya)

Sudah Sampai Waktunya

(Dipadam untuk penerbitan karya.)

Monday, January 02, 2017

Detik Berlalu Perlahan

(Dipadam untuk penerbitan.)

Menuju Kraniotomi

(Dipadam untuk penerbitan.)

1 Januari 2017



1 Januari 2017 dihabiskan dengan menyudahkan kerja menyemak tugasan pelajar sepanjang hari.

Markah penilaian yang perlu dijumlahkan.
Yang belum selesai dinilai, perlu diberikan markah.
Yang mendatang semalam kertas peperiksaan akhir pula.
Bertindan dengan segala pemarkahan yang belum selesai. Perlu disegerakan sebelum menderu lagi kertas-kertas peperiksaan yang akan datang.

9 kelas kesemuanya untuk 5 subjek yang berberbeza.

Setakat ini dahulu untuk perkongsian awal tahun 2017.

Semoga saya lebih istiqamah dalam menulis catatan di sini.

Adakah agaknya yang membaca blog saya lagi?

Thursday, December 29, 2016

Wednesday, December 28, 2016

Ingatan Terjejas

(Dipadam untuk penerbitan)

Monday, December 26, 2016

Ibarat Bom Jangka

(Dipadam untuk penerbitan)

Skrip Pakar Bius

(Dipadam untuk penerbitan)

Sebelum Embo

(Dipadam untuk penerbitan)

Rutin Masuk Wad

(Dipadam untuk penerbitan)

Sunday, December 25, 2016

Pecah dan Botak

(Dipadam untuk penerbitan)

Urat Sukar Dicari

(Dipadam untuk penerbitan)

Sunday, June 28, 2015

Ulangtahun ke-9

Lebih kurang waktu ini saya memberanikan diri memulakan penulisan di blog yang saya berikan nama Dari Kerana Mata. Saya bukanlah begitu tekun menulis selalu di sepanjang tempoh 9 tahun ini. Ibarat hubungan sahabat yang tidak semestinya bertemu selalu, ada ketikanya saya lama tidak menulis dan menyepikan diri.

Hari ini saya mencari 'alasan' untuk menulis sesuatu walau hanya seketika. 

Lantaran mengutamakan segala perkara yang utama,saya menghentikan penulisan di sini. Menyudahkan urusan menggubal soalan untuk 2 kursus dan juga menyemak soalan peperiksaan yang telah disediakan sepanjang minggu lalu memerlukan perhatian dan tumpuan.

Urusan penandaan 51 laporan turut tergendala seketika apabila pelajar di bawah jagaan saya berkunjung ke pejabat meminta saya menandatangani borang validasi kursus mereka sambil saya mengambil peluang untuk mengenali mereka lebih mendalam. Mereka 20 orang pelajar semester satu Diploma Pelaburan Analisis yang baru melangkah ke alam universiti.

Selain itu,kajian dana UJRJ yang saya ketuai. Oh...kenapa saya 'menjerumuskan' diri menambah kerja?

Sebenarnya saya bersyukur kerana pada 'satu ketika', saya tidak dapat melakukan semua itu.

Hargai peluang dan kemampuan walaupun kini saya lebih memilih mengutamakan yang utama.

Alhamdulilah.

Thursday, June 18, 2015

Pengisian Ramadhan

Memulakan sesuatu perubahan tabiat di bulan Ramadhan lebih mudah dilakukan pada bulan ini. Rutin harian berubah dan yang saya suka ialah saya tidak perlu memikirkan dan memperuntukkan waktu untuk makan. Tidak perlu memikirkan perut saya lapar dan perlu mencari makanan atau menyediakan makanan. Berapa banyak waktu yang telah digunakan untuk mencari,menyedia dan mengemas atau setidak-tidaknya duduk di tempat makan? Apabila kita tidak memikirkan segala hal itu, dapatlah ruang tersebut digantikan dengan lebih produktif.

Segala waktu tersebut dapat diisi dengan 'makanan rohani' yang mungkin telah agak  terpinggir dek kesibukan harian. Segala yang wajib dapat dilakukan tepat pada waktunya ditambah lagi dengan yang sunat yang sebelum ini mungkin tidak terlaksana secara istiqamah. Pengisian minda dengan bacaan ayat al-Quran yang dialunkan sendiri setiap waktu usai solat dapat dilakukan dengan lebih lama dan kerap berbanding waktu di luar Ramadhan.

Mengawal kata dan fikir dan memilih rasa, kerana kesemuanya yang diisi dapat mempengaruhi kualiti amalan kita.

Semoga kita semua dapat menjaga kualiti ibadah dengan menyisih segala yang maksiat dan membuat segala tuntutan Ilahi untuk mencari keredaanNya. Insya-Allah.

Wednesday, June 17, 2015

Senja Ramadhan




Selamat datang Ramadhan yang dirindui. Senja adalah waktu peralihan siang ke malam. Pemandangan yang indah mempesona yang membawa maksud tersirat. Segala puji kepadaNya yang sentiasa menghantar isyarat untuk kita sentiasa bersyukur dengan setiap yang dapat dilihat dengan mata hati. . 

Saya berazam memulakan hijrah diri dengan tekad menyempurnakan pusingan siang dan malam dengan bertaqarrub kepada Pencipta alam. Membuat perkara yang mendekatkan diri kepadaNya dan meninggalkan segala yang melalaikan. 

Ya,ini adalah rakaman perjalanan pulang harian saya dari tempat kerja kelmarin. Setelah seharian melaksanakan ibadah umum mengajar, pemandangan indah sebegini menjadi terapi lalu segala kesibukan dan kesesakan menyiapkan tugasan menjadi sesuatu yang membahagiakan.

Selamat menghayati Ramadhan kepada sesiapa yang digerakkan hati untuk membaca catatan ini.

Thursday, June 11, 2015

3 Ayat Hari Ini

Tiada apa yang luar biasa berlaku pada hari ini tetapi hanya tergerak hati untuk menulis sesuatu setelah seharian menanda tugasan pelajar dan pelajar datang bertemu dan diikuti dengan sesi ujian temuduga untuk pelajar ijazah perakaunan mulai jam 2 petang sehingga 6:30petang dan hanya berehat seketika untuk solat Asar dan berakhirlah ujian untuk satu kelas untuk semester ini menggantikan waktu yang akan terisi untuk sesi semakan kertas soalan akhir pada minggu hadapan justeru saya telah menggantikannya dahulu pada hari ini kerana pada minggu hadapan kelas akan berakhir pada hari Selasa dengan sesi temuduga untuk satu kelas lagi dan kemudian bolehlah saya ke kuliah hadis jam 12 dan seterusnya tamatlah perkuliahan untuk semester ini dan hanya perlu semak segala tugasan pelajar dan melengkapkan 2 kod soalan peperiksaan pula yang akan disemak dan saya juga perlu menyemak soalan yang dibuat oleh rakan sekerja sebelum pembetulan dibuat dan dihantar  dan saya bolehlah menarik nafas seketika untuk menyambut kedatangan Ramadan dan melangsaikan pemarkahan untuk 50 kumpulan laporan pelajar sementara menanti skrip jawapan akhir yang akan berkunjung pada 2 Julai dan perlu disemak segera sebelum 1 Syawal menjelma maka selepas itu tamatlah urusan kerja kononnya namun masih ada lagi perkara yang tertunggak iaitu penulisan laporan akhir penyelidikan kecil yang saya telah menyanggup untuk melaksanakannya dan yang paling utama ialah satu lagi perkara yang masih belum menoktah ialah sesuatu yang masih berada di dalam kepala ini dan saya akan menyambung semula pada malam esok dan menutup suis hal berkaitan kerja kerana saya perlu memetik suis penulisan tesis yang saya mahu sudahkan segera.

Ah begitulah sebahagiannya saya tumpahkan di sini kerana perlu dikosongkan sebelum diisi dengan perkara yang utama dan akan dialirkan lagi.

Sekiranya ini dibaca berterusan tanpa henti,begitulah gambarannya lebih kurang hari ini.

Sunday, June 07, 2015

10 am ke 10 pm

Sudah lama saya tidak memikirkan soal kerja sebegini lama . Sejak jam 10 pagi menilai pembentangan dan berehat seketika menyambung menilai pembentangan pelajar lagi pada jam 2 petang sehingga 4 petang dan seterusnya menilai tugasan penulisan laporan pelajar sehingga ke jam 10 malam di pejabat ditemani Afiqah. Hanya berhenti seketika untuk solat dan makan.

Sebenarnya memang keletihan tetapi otak masih berfikir dan perlu 'dikosongkan' sebelum berehat melelapkan mata untuk segar semula di esok pagi mendengar pembentangan dari jam 10 am sehingga 6pm.

2 minggu terakhir semester ini sarat dengan pembentangan pelajar.

Semoga pembentangan pelajar esok segar dan menyenangkan hati dan menarik perhatian saya.

Saturday, May 30, 2015

Hitam Putih Kami



Dua keping gambar ini adalah antara yang masih ada apabila kebanyakan gambar telah hancur bersalut lumpur banjir 4 tahun lalu. Di sebelah kiri, sewaktu Adib menanti saat untuk melafazkan akad dan di sebelah kanan,sewaktu saya sedang membuka penutup pena untuk menandatangani perjanjian ikatan kami.

Ya,itulah saat 'Hitam Putih Kami' 19 tahun yang lalu pada 30.5.1996

Syukur Alhamdulilah!