Tuesday, April 10, 2007

Tiga Bulan Pertama

Pantas sungguh
masa berlalu.
Tiga bulan pertama 2007
yang agak produktif buat saya
dari pelbagai aspek.
Namun saya paparkan di sini
dari aspek kerjaya sahaja.

Sebagai...
Pensyarah, mengajar 5 kumpulan kelas,
2 kelas diploma BEL200 Mainstream English 1,
2 kelas ijazah BEL490 Speech Communication,
1 kelas ijazah TSL450 Principles and Practices in English Language Teaching.

Koordinator PPKP,
menjalankan 9 modul, untuk keseluruhan warga kampus UiTM Johor,
5 modul sebagai fasilitator, dan
sekali sebagai penceramah untuk tajuk ‘Public Speaking’.

Jurulatih Ko kurikulum ‘Public Speaking’,
melatih selama 14 minggu serta 2 lawatan sambil belajar.
ke Gunung Ledang dan
Stesen Radio UFM.

Perundingan dan pengajaran luar,
Ceramah motivasi untuk ibubapa dan pelajar UPSR di FELDA Palong Timor 2,
Ceramah ‘Teaching Pronunciation’ kepada para guru SMK Teknik Segamat,
Kursus Asas Bahasa Inggeris kepada staf sokongan Kementerian Pendidikan di Kuala Terengganu

Pembentangan dan penulisan kertas kerja akademik
Pembentangan dalam ‘MICELT International Conference’ di Swiss Garden Hotel, Perak

Penulisan kreatif
Penulisan 15 puisi dan 5 puisi telah terpilih untuk diterbitkan

Akhir sekali dan yang terpenting sekali,
penulisan kertas cadangan Phd saya.

Surat panggilan temubual telah diterima,
iaitu pada 19hb April 2007.
Kecut juga rasa perut saya.
Diharap dapat doakan kejayaan saya, ya?

Terima kasih!

7 comments:

izwan said...

selamat berjaya saya doakan puan... :)

MYA MARJA said...

Tahniah Puan Pensyarah!

Langkah makin gagah, dan gah..

zafi said...

gambatte ne!

bang_gugar : said...

salam,
saya fikirkan diakhir sekali ada menulis 'surat meletak jawatan'...
(",)

alang bidara said...

Assalamu'alaikum Puan Nzshima,

Tahniah, tahniah, tahniah.

Semoga tercapai jua PhD puan dan puan dapat menulis dengan lebih produktif.

Lagipun pembaca di Malaysia amat memandang kelulusan 'Dr' ini maka jika sudah punya PhD, insya Allah menambah keyakinan dan menambah mencerahkan lagi peluang diterima pembaca.

Selamat maju jaya.

alang bidara said...

"RINDU SARJANA PHD"

Biar bermusim kau berjuang
di medan pemburuan kertas itu
namun ujian dan cabarn baru bermula

Teruskan, teruskan perjuanganmu itu
biar kering keringat dan airmata
rindumu pada puncak jaya
terus membara

Bangun dan isytihar
"Aku ingin berjaya"
biar bergema seruan itu
sehingga ke garisan penamat.

Nazhatulshima Nolan said...

Izwan,
Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir juga.

Mya Marja,
Terima kasih.
Cabaran makin bertambah.
Semoga jus penulisan kreatif boleh terus meyinggah.

Zafi,
Selamat datang ke blog. Apa maksudnya ,ya?

Bang Gugar,
Oh tidak...

Alang Bidara,
Terima kasih.

Terima kasih sekali lagi untuk puisi 'Rindu Sarjana Phd.' Berdebar-debar juga menanti saat untuk bermula dan menyudahkannya ke garisan penamat.

P/S: Apa kata lepas ini kita buat antologi puisi motivasi untuk pelajar( semua peringkat, kanak-kanak sehingga dewasa)?
Kita tanya apa kata Sifu?