Walaupun ada pelbagai cerita untuk ditulis,
hanya puisi ini dapat dipaparkan buat masa ini.
Saya kira ia menceritakan segalanya yang saya sedang lakukan kini.
Versi Inggeris di Through My Eyes.
Dakwat Merah dan Angka
Mata melihat dan menilai
Tangan bergerak
menurut rentak
Dakwat merah
Seiring angka
Di kertas jawapan
Tanpa nama
Jawapan tepat
Hati girang
Jawapan tersasar
Hati gusar
Bukankah sudah kuajar?
Hati berkata
Lain kali
Begitu begini
Dakwat merah dan angka
Saksi aksi penari tinta
Langkah sumbang
atau sebaliknya.
6 comments:
Wah! andai memang pandai berpuisi.
Tapi saya masih kurang faham tentang puisi ini.
Dakwat merah dan angka
Mewarnai sudut kertas jawapan
Pabila ia pulang ke pemiliknya
Ada yang melebar senyum
Tidak kurang yang terkedu tanpa bicara :)
terlalu banyak dakwat merah pada jawapan setiap persoalaan memang menggusarkan..
anak murid gerun melihat warna merah pada kertas jawapan mereka
Dakwat merah dakwatku
seorang guru pengulit buku
dakwatmu sebatang pensel cuma
yang meniti hari tulis dan baca.
Dakwat merah dakwatku
seorang guru pengulit buku
dakwat hijau dakwatnya
yang bertali leher sepanjang waktu
walau terik panas ke kalbu.
Ah, saja-saja!
Assalamualaikum Puan Pensyarah!
Mudah-mudahan sentiasa sihat..
assalamualaikum
salam kenal dari saya....johorian juga...:)
Hakim,
Terima kasih. Luahan seorang yang sedang menanda kertas jawapan peperiksaan pelajarnya.
Kak Ez,
Kertas terakhir ini tidak pulang kepada pemiliknya. Hanya tertera di slip keputusannya.
Kemat,
Selamat datang ke blog saya.
Mereka tidak berpeluang untuk menjadi gerun kerana kertas akhir tidak dikembalikan.
Mya Marja,
Dakwat hijau digunakan juga sebagai penanda kedua, tetapi tidak sebanyak dakwat merah.
Farah,
Selamat datang ke blog saya. Sudikanlah berkunjung lagi.
P/s: Johor di mana?
Post a Comment