Monday, January 08, 2018

8.1.2018

Sekadar mahu merakam tarikh.

Beratur panjang di bank pagi tadi sebelum masuk ke pejabat.


Wednesday, January 03, 2018

Apa Khabar?


Apabila kita memulakan soalan ini,adakah kita sekadar berbasi-basa untuk memulakan bicara ataupun kita sememangnya mahu mendengar khabar seseorang yang kita sapa?
Jawapan yang diharapkan pula sudah tentulah,
"Alhamdulilah,baik. Sihat."
Dan kita pun akan memilih sesiapa yang kita mahu kongsikan sebenar-benarnya khabar sebenar kita.
Ada kalanya kita akan memilih untuk berkata benar kepada seseorang yang benar-benar memahami keadaan kita dan berselindung sekiranya kita dapat rasakan yang jawapan balas akan menyakiti kita.
Adakalanya kita memilih untuk diam.
Adakalanya jawapan ada dalam puisi atau ada dalam lukisan.
(Eh kenapa pula saya gunakan 'kita' sedangkan mungkin sahaja hanya 'saya' yang rasa?)

Tuesday, January 02, 2018

Kanvas Kosong dan Impian

Di atas kanvas kosong itu akan dialirkan segala rasa.
Bersama-sama  kedua-dua anakanda,kami akan melukis sesuatu.
Karya seorang ibu dan kedua-dua anakandanya akan bermula. Tamat tempohnya belum tentu.
menurut kesesuaian waktu kami bertiga.

Monday, January 01, 2018

Hujan Menyambut 2018

Hujan tidak berhenti sejak 3 hari yang lalu.
Ada debar di dada apabila mengenangkan kisah lalu.

Tahun Baharu 2018 berada di pejabat sepanjang hari untuk menyudahkan kerja.

Rutin biasa.

Mahu lebih istiqamah menulis di sini pada tahun ini walaupun hanya menulis beberapa patah kata.