Wednesday, January 03, 2018

Apa Khabar?


Apabila kita memulakan soalan ini,adakah kita sekadar berbasi-basa untuk memulakan bicara ataupun kita sememangnya mahu mendengar khabar seseorang yang kita sapa?
Jawapan yang diharapkan pula sudah tentulah,
"Alhamdulilah,baik. Sihat."
Dan kita pun akan memilih sesiapa yang kita mahu kongsikan sebenar-benarnya khabar sebenar kita.
Ada kalanya kita akan memilih untuk berkata benar kepada seseorang yang benar-benar memahami keadaan kita dan berselindung sekiranya kita dapat rasakan yang jawapan balas akan menyakiti kita.
Adakalanya kita memilih untuk diam.
Adakalanya jawapan ada dalam puisi atau ada dalam lukisan.
(Eh kenapa pula saya gunakan 'kita' sedangkan mungkin sahaja hanya 'saya' yang rasa?)

2 comments:

Liza said...

Semoga puan senantiasa sihat sejahtera. Sesekali saya menjengah juga sebagai silent reader yang sudah bertahun-tahun tanpa meninggalkan jejak.

Nazhatulshima N said...

Aamiin. Siapakah agaknya? Maaf sudah lama tidak membaca dan menulis di sini. Malam ini tergerak hati menulis kembali di sini.
Terima kasih menjadi silent reader saya. Semoga ada yang bermanfaat.