Sunday, July 02, 2006

Dan saya pun menulis lagi

Entri pertama saya memang agak ringkas sekali. Mungkin juga tiada sesiapa pun yang membaca cacatan pertama saya lantaran tidak disebarkan kepada sesiapa lagi. Sebenarnya sudah agak lama saya tidak menulis dalam Bahasa Melayu yang formal. Harapan saya dengan adanya blog ini, saya dapat menggunakan bahasa ibunda saya dalam bentuk tulisan dengan lebih kerap lagi. Keinginan untuk menulis memang telah lama wujud tetapi sering tidak kesampaian dengan pelbagai alasan. Bukannya kerana ketandusan idea. Malah saya mugkin terlalu banyak ideanya sehingga ia hanya berlegar-legar di ruang minda peribadi saya atau hanya terdetik di ruang hati. Kalau ada pun idea yang disuarakan, hanya setakat dikongsikan secara lisan bersama beberapa teman. Ada juga yang mencabar,jangan cakap sahaja , tulislah! Maka menulislah saya walaupun entah apa-apa. Anggaplah ini sebagai sesi pemanasan saya sebelum semangat terpadam eloklah diteruskan, betul tak?

2 comments:

Nisah Haji Haron said...

Ya,
Tulislah lagi. Mungkin boleh ceritakan pengalaman bagaimana anak-anak Melayu 'bertatih' belajar menggunakan Bahasa Inggeris di IPT dan apa alat / tatacara yang Shima gunakan untuk membantu mereka.

Tentu Shima ada cara yang kreatif kan?

ikhlas,
Nisah Hj Haron

Nazhatulshima N said...

Ya, Insya Allah akan saya tulis pengalaman mengajar saya di entri yang seterusnya.