[Dari Kerana Mata- Dari mata turun ke hati. Dari hati belum tentu
dapat dilihat oleh mata kalau tidak diolah dalam tulisan dan bahasa yang dapat dijangkau mata hati pembacanya] - sejak 28.6.2006
Monday, August 14, 2006
Mataku Berterusan Kelaparan
mataku berterusan kelaparan menatap aksara-aksara melambaiku untuk disantap mindaku seakan kebuluran lahap menikmati juadah pelbagai rasa kujamah semuanya seperti tiada esoknya bila letih ku mengunyah jariku menari lagi
Pak Darma, Saya pun harapkan begitu. Memang saya maksudkannya. Itulah gambaran perasaan saya. Kalau tak menulis , saya membaca. Untuk pengetahuan,saya hasilkan puisi itu sewaktu terlelap di dalam kereta dalam perjalanan dari KL ke Segamat. Tiba-tiba saya terjaga dan terus terfikirkan ayat-ayat ini dan coretkannya ke dalam buku nota saya. Saya rasa lebih kurang 5 minit je saya menciptanya. Luahan rasa...Sampai di Segamat hampir jam 1.30 pagi. Walaupun keletihan, tapi saya terus pindahkannya ke blog.
Helmy Samad & SitiNur, Selamat datang ke blog saya dan terima kasih. Pandangan anda menjadi perangsang buat saya yang baru 'mengenali' siapa diri ini...
9 comments:
shima,
Jika begitu (maksud puisinya), nanti 'tuan' benar-benar menjadi penulis. Maksudnya bakal menjadi menulis yang tekal dan berjaya.
assalamualaikum,
sungguh indah bait bait puisi ini.
salam ukhuwwah dari saya.
Salam kembali Hakim dirani,
Terima kasih. Ia lahir dari jiwa. Saya baru saja berjinak-jinak dengan puisi.
Selamat datang ke blog saya.
Pak Darma,
Saya pun harapkan begitu. Memang saya maksudkannya. Itulah gambaran perasaan saya. Kalau tak menulis , saya membaca. Untuk pengetahuan,saya hasilkan puisi itu sewaktu terlelap di dalam kereta dalam perjalanan dari KL ke Segamat. Tiba-tiba saya terjaga dan terus terfikirkan ayat-ayat ini dan coretkannya ke dalam buku nota saya. Saya rasa lebih kurang 5 minit je saya menciptanya. Luahan rasa...Sampai di Segamat hampir jam 1.30 pagi. Walaupun keletihan, tapi saya terus pindahkannya ke blog.
Salam.
Mudah, ringkas, bermaksud dan sedap dibaca.
Tahniah.
Nazathul,
Memang berbakat! Boleh menulis dwibahasa pulak tu.
Teruskan usaha.
Dijemput melawat blog saya. Boleh kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat.
www.wilayahsitinur.blogspot.com
Helmy Samad & SitiNur,
Selamat datang ke blog saya dan terima kasih. Pandangan anda menjadi perangsang buat saya yang baru 'mengenali' siapa diri ini...
pandai nye lecturer kite ber puisi.. good job.. truskan usaha puan oke..
student diia
Terima kasih. Selamat datang ke blog saya. Siapa ni?
Post a Comment