Thursday, September 14, 2006

Kerana Saya Menulis Dari Hati

Seorang teman sekerja bertanya," Dah lama tak kemaskini blog?"
Saya menjawab," Ya ke?"
Sambil mengingat kembali tarikh terakhir saya menulis, saya pun menjawab," Yalah,dah lebih seminggu.
Dia menyambung menyoal,"Sibuk ke?"
Tercari-cari jawapannya dan langsung menjawab,"Sibuk sikit".
Dalam hati saya berkata,"Itu hanya alasan".

Hakikatnya,kerana saya menulis dari hati, ada beberapa perkara yang berlaku yang tidak dapat saya luahkan dan dikongsi bersama dalam bentuk tulisan dan dibaca oleh semua.

Adakalanya,kata-kata lebih tajam dari pedang. Adakalanya, perbuatan dan mimik muka lebih melukakan. Adakalanya,salah sangka,salah tafsiran dan andaian menjadikan kita mangsa. Adakalanya perkara begini menyebabkan pembaziran tenaga.

Cuma saya yakini, Allah tidak akan membebani kita dengan bebanan yang lebih daripada yang kita mampu tanggung. Insya Allah. Kesabaran menjadi teman setia.

10 comments:

ufukhati said...

Puan shima,

Tamsil sehelai hari :

ada detik panas terik,
ada detik gerimis,
ada detik angin kencang,
ada detik hujan lebat,
ada detik udara nyaman,
ada detik langit cerah,
ada detik kabut legam,

Demikian sehelai hari,
Lalui saja detik-detik itu.

Anonymous said...

Shima,
Saya selalu berkata kepada sahabat-sahabat yang hampir:

Orang menyedari kehadiran kita kerana tersedar dengan apa yang kita lakukan.

Kebiasaan, orang di bawah purata tidak dikisahkan. Cabaran orang yang cemerlang lebih luar biasa.

Kita perlu perhatikan, benarkah kata-kata mereka, jika benar kita betulkan, jika palsu (ini yang lebih banyak), pedulikan!

hakim dirani said...

Saya setuju pendapat puan

Wan A. Rafar said...

Tulisan dari hati itulah yang biasanya meninggalkan kesan mendalam dan sukar dilupa.

Nazhatulshima N said...

Pak Darma,
Sungguh indah tamsil sehelai hari. Menjadi pengubat hati yang terguris. Terima kasih.

Prof Kamil,
Sudah tentunya pengalaman luas Prof berhadapan dengan cabaran menjadikan Prof cemerlang seperti sekarang. Akan saya jadikan teladan. Terima kasih.

Hakim,
Terima kasih.

Nazhatulshima N said...

Pak Wan,
Tak sungguh saya tak kata dan bila saya katakan itulah yang sesungguhnya. Dan apabila saya diam mungkin seeloknya ia menjadi rahsia.

Hero said...

tapi walau macam mana pun, saya rasa elok Shima cuba rebrand tu. :D maaflah keluar topik pula. cuma nak bagi tahu yang template blogger ni memang mudah diubah suai. tapi sebelum Shima mula dengan rebranding nanti, pastikan kod bagi template asal telah disalin dan disimpan di tempat lain. saya cadangkan semasa di template window nanti, select all (kesemua kod template), copy dan paste pada mana-mana dokumen kosong (e.g. wordpad). kemudian, mulalah bereksperimen dengan kod template di blogger tu dan utk lihat hasilnya sebelum live, tekan saja butang preview. selamat mencuba.

ps: kalau ada apa2 kemusykilan emel lah saya.

notahati said...

i read the email.
i thought about you.
i wondered.
you, ok?
a bit drastic, aren't they?

be patient,
for storms subside
and tsunamis lessen.

& from afar
i hug you
hoping that
you remain you.

Nazhatulshima N said...

Notahati,
Seakan ditakdirkan Illahi setiap kali dugaan melanda,kau sentiasa di sisi. Tiada kata yang memadai untuk menyatakan penghargaan.

SitiNur77 said...

Menulislah dari hati
Itu yang sebaiknya
Menulis dari hati
Tak semestinya dengan tinta
Menulis dari hati
Kadang kala hanya terlekat di minda
Sampai masanya akan dikongsi bersama

Shima
Teruslah menulis dari hati
Dan tulisan-tulisan saudari
Jelas dari hati yang suci murni