Wednesday, November 01, 2006

Tiada lagi akhbar lama

Jangan risau,anda tidak akan membaca 'akhbar lama' saya lagi.
Ada 7 entri yang dalam proses kemaskini.

Tajuk-tajuknya:
1. Bicara 18 oktober
2. Balik Kampung: Entri 21 Oktober
3. 1 Syawal 1427
4. 2 & 3 Syawal 1427
5. Nostalgia Jalan Bunga Kertas II
6. Sebelum Pulang ke Segamat
7. Cuti-cuti Melaka

Semuanya akan disajikan ke mata pembaca selesai saya menanda kertas peperiksaan nanti, sebagai ganjaran kepada diri saya sendiri setelah selesai menyudahkan tugas hakiki saya.

7 comments:

Hero said...

pergh!! 7 tuu! can't wait!

err.. paper yg nak kena tanda tu banyak ke? you know, kalau dekat, saya pun boleh tolong sama. tolong tandakan maybe tak ler. most probably, tolong asing2kan skrip ikut kelas atau klip balik skrip yang tertanggal.. hehehe..

good luck Shima!

ps: janganlah strict sangat. kesian budak2 tu..

SitiNur77 said...

Shima,
Tak sabar ni. Menandalah kertas peperiksaan dengan tekun, ya! :)

Teringat akan cikgu Add Maths saya, Puan Norli, yang hanya mengambil masa semalaman setelah selesai peperiksaan untuk habis menandanya. Dia lakukannya kerana tidak sabar melihat keputusan anak murid hasil didikannya. Terima kasih, Cikgu! Sehingga kini saya menyukai matematik. :)

hakim dirani said...

wah seronoknya kak Shima dah nak pulang selepas lama bercuti.

~inilah saya~ said...

Teringat waktu zaman jadi student dulu. Slalu hantar hadiah kadang-kdang antar lunch set kat lecturer sbg tanda penghargaan kat mereka. Tima kasih kepada mereka yang bergelar lecturer.

Anonymous said...

a'kum...
saya harap pn shima dpt tanda dgn hati yg senang..hati senang markah pun senang..markah senang student pun senang..hehe..

p/s : tanda la dgn senyuman sbb mesti ada sesuatu yg mencuit hati..

*zam D1C1*

Imran Yusuf said...

Bagus juga tajuk blog Shima ini, dan "Tiada lagi akhbar lama" pun bagus juga tajuk ini, sekejap lagi saya akan lepak kat blog bahasa Inggeris Shima pula...

Nazhatulshima N said...

Syah,
Mesti teringat zaman pensyarah semak kertas Syah dulu,bukan begitu?

Siti Nur,
Menanda kertas Matematik tentu ada bezanya dengan menanda esei yang penuh dengan kesilapan tatabahasanya. Emel Puan akan saya balas kemudian, harap maaf. terima kasih di atas kesabaran menanti.

Hakim Dirani,
Saya pula tak sabar nak cuti semula.

Qasseh Hati, Zam D1C1,Alang Bidara dan Kaki Bangku,
Selamat datang ke blog saya!

Alang Bidara,
Terima kasih,sudikanlah berkunjung ke di sini selalu.

P/S: Akan saya ingat pesanan Tuan sewaktu pertemuasn tempoh hari,iaitu,jadikan menulis sebagai satu perkara yang perlu dibuat setiap hari.