1 Disember 2006.
Arif yang menetapkan tarikh ini untuk berkhatan. Perancangan asalnya, dia ingin melakukannya bersama-sama sepupunya, Ameer Rashid yang seusia dengannya, iaitu 7 tahun juga pada tarikh yang sama.
Saya melihat dengan mata saya sendiri bagaimana doktor melakukannya. Arif masih boleh tersenyum. Tak sangka dia tidak menitiskan air mata dan masih boleh memandang saya. Kuat juga semangatnya rupanya.
Saya menyaksikan segala-galanya sambil memegang tangan kanannya dan berkata, “Apabila rasa sakit, pegang tangan ibu kuat-kuat.”
Keesokannya apabila balutan perlu dibuka, saya rasa agak ngeri juga. Arif masih sahaja kelihatan tabah sehingga tiba saat terakhir, balutan itu agak terlekat barulah air matanya keluar sedikit walaupun masih lagi dalam keadaan tersenyum.

Melihatkan keadaannya saya tidak jadi meneruskan perjalanan saya ke utara bersama-sama Minea.
Saya ambil cuti selama seminggu walaupun saya tidak ke mana-mana dan walaupun saya tinggal di dalam kawasan kampus UiTM. Saya menjadi surirumah sepenuh masa. Memasak, membasuh , mengemas, memasak lagi, membasuh lagi dan mengemas lagi. Sampai malam tak henti-henti. Tetapi yang seronoknya, saya tak perlu berkejar ke pejabat dan memikirkan hal-hal kerja atau di tempat kerja berkejar pula memikirkan nak masak apa. Saya hanya ‘bermalas-malasan’, menonton televisyen, DVD( sempat menonton Bilut, bagus sekali filem ini,nanti saya ulas), melayan anak, vakum rumah, masak masakan kegemaran anak (kali ini menu Arif), makanan yang hanya dia boleh makan. Saya kira inilah kali pertama saya berpeluang bercuti ‘bermalas-malasan’ sejak tiga tahun bekerja di UiTM Johor kerana sebelum ini setiap kali cuti semester, sentiasa ada tugasan lain menanti.
Rabu petang, saya tidak dapat bertahan lagi. Untuk kali terakhir, saya membawa Minea ke Batu Pahat bersama-sama Afiqah dan Arif kerana Adib masih perlu bekerja.
Khamis petang kami bergerak ke Pontian ke rumah kakak sulung Adib dan destinasi seterusnya ke Tanjung Piai.
Jumaat petang,8 Disember kembali semula ke UiTM. Saya menerima ucapan TAHNIAH melalui SMS dan juga kata-kata bahawa saya layak menerimanya. Ini memang satu kejutan kerana saya difahamkan sebelum ini tiada siapa di bahagian saya yang akan menerima’nya’. Menurut rakan saya, pengumuman dibuat melalui emel ke semua staf UiTM. Syukur Alhamdulilah, walaupun saya masih belum baca sendiri pengumuman ini.
Minea, saya dan Afiqah bersiar-siar di sekitar UiTM sambil merakamkan gambar untuk kenang-kenangan.
Penerbangannya berlepas jam 12.55 pagi, 10 Disember 2006. Saya hentikan di sini. Minea masih belum tidur lagi. Saya akan luangkan sedikit masa lagi.
2 comments:
Shima,
Cepatnya masa berlalu. Setahun lepas,ketika Minea sampai, aya berjumpa di parking lot Kondo Kemuncak.
Malam tadi dia telah pulang.
Terima kasih kerana dapat juga singgah ke rumah saya untuk mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga.
Shima,
sampaikan ucapan tahniah saya kepada Arif.
dia lewat beberapa hari saja berbanding anak saudara saya di Batu Pahat. alhamdulillah, beres juga.
Post a Comment