Esok kelas untuk semester baru akan bermula. Jumlah jam mengajar tidak sepadat semester lalu, iaitu 17 jam seminggu berbanding 24 jam semester lepas. Namun sudah pastinya tugas pentadbiran sebagai koordinator akan menuntut masa saya. Masa saya hari ini banyak dihabiskan untuk persediaan sepanjang minggu ini. Sebagai pensyarah sudah pastinya persediaan nota dan bahan-bahan untuk edaran perlu disediakan. Tugas baru saya sebagai koordinator juga menuntut saya menyediakan beberapa kertas kerja dan rancangan tugasan. Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar, saya juga perlu berkhidmat di sebelah malam untuk aktiviti berkaitan kolej dan kebajikan pelajar.
Semester ini, kelas saya hari-hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad. Dalam seminggu, dua malam, iaitu Isnin dan Khamis, kelas di sebelah malam. Nampaknya cuti saya hanya pada cuti umum sahaja iaitu pada Tahun Baru Cina nanti. Seterusnya berterusan sibuk sehingga peperiksaan menjelang pada bulan Mei nanti.
Persediaan untuk rumah juga tidak saya lupakan. Segala bawang, halia dan kunyit sudah siap dikupas. Ikan dan sotong siap disiang. Semuanya untuk mempercepatkan proses memasak di hari-hari bekerja. Hanya urusan pakaian belum selesai buat masa ini.
Fikiran saya masih ligat untuk persediaan mengajar dan idea untuk beberapa kertas kerja.
Namun, saya rehat seketika, kerana hati terpanggil untuk kemaskini blog.
Saya sedar cabaran menulis kian bertambah, tapi saya masih belum mahu mengalah.
Doakan saya sihat walafiat untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh cabaran tetapi tetap menggembirakan saya.
8 comments:
amin, :)
demi keluarga, ugama, bangsa dan negara... I salute you!
Hakim,
Terima kasih
Normi,
Hanya menjalankan tanggungjawab
Amin! Semoga berjaya lagi bertambah kekuatan berjuang...jangan patah ditengah perjuangan.
Nampak sudah ada spam. Cuba aktifkan kawalan spam yang menggunakan kod tambahan.
Saudara Rastom,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan kata-kata yang diberi.
Saya tidak arif pula bagaimana nak aktifkan kawalan spam. Boleh tolong tunjuk ajar?
salam, ingin beritahu. saya sudah berada di upsi.
wow! terima kasih kerana perkenalkan dunia blog ini. by the way Cuti Raya Cina nanti, Pn Shima tak cuti. Kena ajar kelas TESL kami.
Post a Comment