Monday, September 03, 2007

Cuti-Merdeka

10 minggu berulang alik Segamat Shah Alam sejak penghujung Jun, 31 Ogos 2007 memberi makna ‘merdeka’ yang berbeza bagi saya sekeluarga.
Inilah satu satunya minggu (hari) kelas Phd tiada.

Nikmatnya berehat.
Namun, sawang di sekeliling rumah menyakitkan mata.
Lalu, bervakum dan mengemaslah kami sekeluarga.

Rindunya dapur.
Lalu, menu masakan ibarat menyambut hari raya puasa.
Nasi impit, kuah lode dan ayam ambo rojak kegemaran sekeluarga.

Membaca dan membuat kajian tidak dilupa.
Di antara rancangan televisyen yang menarik perhatian,
Buku dan pen sentiasa di tangan.

Kini,
Sisa sisa waktu yang ada
Kemaskini blog jadi agenda.
Namun saya tidak dapat berlama
Bacaan berkaitan kajian agenda utama.

2 comments:

NURAZZAH8 said...

salam perkenalan kembali,
hurm...pensyarah UiTM jugak ya...bidang apa ya? sedang buat Phd? baguslah.... dah lama di Segamat? akak orang Johor juga...orang Pontian...tapi tak pernah menjejakkan kaki ke UiTM Segamat! ... akak bidang Sains Komputer, dulu semasa akak jadi KP, CS110 (Dip Sains Komputer) tiada di Segamat...tapi skrg baru ada...

Nazhatulshima N said...

Di Segamat sejak Oktober 2003,'posting' pertama bawah TPM(YLS), sebelum ini di Shah Alam mengajar di sekolah menengah,Bahasa Inggeris. Seronoknya jumpa blogger pensyarah UiTM juga.
Boleh email saya alinazsh@yahoo.com untuk beri nombor untuk dihubungi?
Hujung minggu ini saya ada di Shah Alam. Boleh bertukar-tukar cerita?