Sehingga ke hari ini saya masih teringatkan mimpi yang saya alami minggu lalu. Seakan-akan memaksa saya untuk memindahkan imej-imej indah dalam mimpi ke bentuk tulisan. Saya ceritakan kepada suami saya. Masih lagi kekal bermain-main di ruangan mata. Saya khabarkan ke Afiqah dan Arif. Berkali-kali. Mereka memang suka mendengar mimpi saya.
“Ibu, sambunglah lagi,” pinta Arif.
“Macam mana ibu nak sambung? Mimpi ibu sampai situ sahaja. Bukannya ibu reka mimpi ibu”.
Mimpinya begini…
Saya sedang mendayung sampan. Rasanya penumpangnya Arif dan Afiqah. Di sekeliling saya sungguh sesak dengan sampan lain. Keadaannya seperti di jeti Ulu Tembeling. Saya cuba mendayung di antara sampan lain, ke kawasan yang tiada sampan dan bergerak menghala ke kanan. Lega. Tiada sampan lain. Peliknya, airnya bukanlah seperti di Ulu Tembeling. Saya pernah ke sana pada tahun 1993. Airnya seakan teh susu. Air dalam mimpi saya sungguh jernih sekali. Warnanya seperti air di sekitar kepulauan. Sampan dapat bergerak laju, seakan menuruni jeram pula,tetapi tidak berbatu. Saya cuba ingati, adakah saya di atas rakit? Tidak, masih sampan. Saya telah bergerak jauh dan terhenti di suatu tempat persinggahan yang terdapat dua pintu. Ini yang peliknya. Tandas? Kedua anak saya ingin ke tandas. Saya menoleh ke belakang sampan. Eh, bagaimana harus berpatah balik semula sedangkan saya menuruni jeram? Kami semua turun dari sampan ke tempat seperti pelantar. Sewaktu memijakkan kaki,pelantar seakan bergerak ke bawah dan saya jumpa jalan keluar. Saya cuba mengingati apa yang terjadi selepas itu. Setakat ini saja yang saya ingat. Mungkinkah ada maksudnya? Saya pun tak pasti. Yang pasti, imej sampan dan air jernih kerap menghantui saya.
Tiba-tiba saya teringatkan satu lagi mimpi yang pernah saya alami lama dahulu tetapi masih kekal di ingatan.
Suasananya di hutan,sejuk, hijau mata memandang. Saya menghampiri sebuah rumah atau lebih sesuai dipanggil pondok yang amat usang, tak berpenghuni, tetapi saya masuk ke dalam pondok buruk itu. Saya terus ke pintu belakang pondok itu yang terbuka luas. Apa yang saya lihat dan dengar adalah keindahan dan deruan air terjun dari pintu belakang pondok buruk itu. Segarnya terasa. Mimpi saya tamat di situ tetapi imejnya kekal hingga kini. Mungkinkah juga ada pembaca yang pandai menafsir mimpi?
9 comments:
Salam Shima...
Apa khabar? OD bukanlah pentafsir mimpi tapi setahu OD dari apa yang OD baca, bila kita mimpi air (tambahan yang jernih) dan juga sampan, maknanya amat baik. Tak tahu baik mana tapi memang baik. Huhu... dapat durian runtuh kot... jangan lupa belanja OD, walaupun tempoyak... ekekekekeke....
Mudah-mudahan,Amin!Boleh bawakan tempoyak untuk OD ke Australia terus. Raya tak balik Malaysia ke?
Itu maknanya u nak p piknik taklama lagi heheeee...just kidding..jgn marah aaa
Got this website for u on interpreting dreams... sounds good ;-) http://dreammoods.com/cgibin/searchcsv.pl?method=exact&header=dreamsymbol&search=water
eh sori..tried to cut n paste the website properly ..tadi tried to delete it and paste it again..soru sori
cut n paste this again to yr browser
http://dreammoods.com/cgibin/
searchcsv.pl?method=exact&header
=dreamsymbol&search=water
Assalamualaikum Puan Shima,
Saya selalu juga mimpikan situasi yang melibatkan air, air terjun dan air lah tapi Alhamdulillah setiap kali saya mimpikan situasi tersebut, believe me, something extra ordinary good will come to you.Azlina
Accidentally found your sites from a link. You are one superwoman, running a myriad of chores, lecturing, PhD, attending courses, handling courses, students affairs, house chores, blogging, etc... the list is endless.
Take care.
TESL4, UiTM Malaysia
Normi,
Dah tengok 'website'. Terima kasih!
Azlina,
Saya pun harap begitu juga.
Azlan,
Selamat datang ke blog saya.
Apa khabar? Selamat Berpuasa.
"Behind this superwoman, there is one superb understanding man- my husband".
You write very well.
Post a Comment