Sunday, October 28, 2007

Ralatnya

Ralatnya. Pada waktu ini saya dijangka sudah berada di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

“Masuk pintu hadapan sebagai VIP,”pesan sepupu saya.
“Abang Pit di atas pentas dengan VVIP”.
“TMS dapat sekolah terbaik,terpilih sebagai sekolah…itu,ini…”

Sepupu saya bercerita secara rinci apa yang akan berlaku pada hari ini.
Saya pun tak begitu hiraukan siapa yang merasmikannya. Seorang menteri. Saya lebih teruja untuk turutserta majlis ini. Apa yang terbayang ialah kenangan di sekolah rendah. Sekolah yang telah banyak berjasa kepada saya. Tempat di mana asas pendidikan saya dipupuk. Pelbagai nostalgia.Baca entri sebelum ini.

Seawal Subuh saya telah bersiap-siap. Pesan sepupu saya pakai baju kuning keemasan. Saya berbaju kurung coklat keemasan dan bertudung kuning untuk menepati tema Jubli Emas.

Dalam perjalanan ke sana, selepas jambatan berhampiran UiTM, ada jalan batu longgar, iaitu jalan yang sedang dibaiki dan masih belum ditar. Stering kereta saya tiba-tiba di luar kawalan. Ke kiri dan ke kanan. Tekan brek. Kereta menghala ke seberang jalan dan berjaya dihentikan. Mujur tiada kereta dari arah hadapan. Cemas seketika. Bergerak semula dengan perlahan di atas batu kerikil. Setelah melepasi jalan tidak bertar,keadaan kereta saya kurang stabil. Bergerak ke bahu jalan dan berhenti. Pancit rupanya dan tayar telah keluar sedikit dari rim. Telefon Adib dan ke Gemereh untuk ke kedai tayar Salleh. Malangnya tidak dibuka. Adib cuba hubungi telefon bimbitnya berkali-kali tiada jawapan. Setelah beberapa kali mendail, ada jawapan tetapi rupa-rupanya nombornya silap.

“Kita pergi selepas I habis periksa”. Adib bersuara.
“Pukul 11 pagi peperiksaan tamat, majlis pun dah selesai”,jawab saya.

Sampai ke rumah, Adib bersiap-siap untuk ke dewan peperiksaan.
Saya telefon mak, sms sepupu, sms makcik supaya mereka tidak risau menunggu saya yang tidak kunjung tiba.

Perbualan di telefon dengan mak petang semalam.
“ TMS ada buat sambutan 50 tahun esok di Dewan Jubli Intan.” Mak memulakan cerita.
“Tak tahu pun.”
“Apa acaranya?”
“Mak tak tahu sangat,kalau nak tahu telefon Abang Pit , dia terlibat.”
“Dah 50 tahun ,Mak, cepatnya”

25 tahun yang lalu,saya berada di Darjah 4 ketika TMS menyambut Jubli Peraknya. Dato’ Khalil Yaakob yang datang ke sekolah saya. Masih jelas di ruang mata. Malah masih banyak kenangan daripada Darjah Satu sehingga Darjah Enam yang masih kekal di ingatan saya.

Walau rasa kesal menyelinap di hati kerana tidak dapat hadir ke majlis ini, saya reda dan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

25 tahun akan datang sekolah saya akan menyambut 75 tahun pula dan entah saya masih ada umurnya .

7 comments:

neomesuff said...

dont worry be happy ;-)

Shima Batu said...

nama sama la kak... senang senang jemput ler ke blog sy plak..

Intan said...

Accidently terjumpa your blog. Jalan batu longgar tu memang tak best... kereta saya dah kemek sana-sini terkena batu bila ada kenderaan lain yang bawa laju di situ. Bilalah nak siap agaknya...

Anonymous said...

Salaam Shima;
This is Zarina Ithnin (ex TMS) and we met again in PPP back in 1990.. me in A Level, you in TESL.

Interesting write up. BTW are you lecturing in UiTM? Sorry haven't read all...

Till then, wassalam.
Zarina Ithnin

Nazhatulshima N said...

Salam Zarina,
Rumah di Jalan Besi,Pesta,betul?
Tapi 1990 saya masih di Australia,pertukaran pelajar,1991 baru ke PPP.

Di mana sekarang? Emel saya di alinazsh@yahoo.com.

Anonymous said...

Dapatpun.Saya Siti Aminah .Kenal lagi tak Zarina dan Shima.Dah 22 tahun tak jumpa.Ala bestnya.Nampaknya tahun ini tahun yang gembira sekali buat saya.Dapat jumpa 5 kawan sekolah...Hayati Osman baru balik haji.Dia kerumah saya.

zarinasf said...

Salaam Siti Aminah;
Ya saya masih ingat lagi. Sekarang di mana?

Email saya zarinasf@gmail.com