Hari ini merupakan Hari Kualiti peringkat UiTM Johor.
Tahun lalu saya menerima Anugerah Khidmat Cemerlang dari Naib Canselor,Prof Dato' Seri Dr Ibrahim Abu Shah. Tahun lalu saya menyertai pertandingan koir antara bahagian dan mewakili para pensyarah. Namun kami tidak berjaya mendapat tempat.
Tahun ini tiada anugerah khidmat cemerlang untuk saya. Namun dapat JOHAN untuk pertandingan koir antara bahagian yang diadakan pada 24.1.2007 yang lalu.
Yang manisnya,untuk salah satu lagu gubahan, lirik lagu koir tersebut, sayalah penciptanya dan lagunya digubah oleh Encik James Kunaratnam.
Proses kreatif penciptaan lirik tersebut bermula apabila menerima emel tentang pertandingan koir pada 7hb Januari 2008. Pada pagi tersebut ada mesyuarat jabatan Akademi Pengajian Bahasa. Saya bertanya kepada Encik James tentang pertandingan tersebut sama ada dia akan mengetuai kumpulan koir kami lagi. Saya menawar diri mencipta liriknya.
Jadual pada hari Isnin tersebut agak padat juga,di sebelah pagi ada mesyuarat jabatan. 2 petang hingga 6 petang berlangsungnya kelas dan di sebelah malamnya berlangsung Mesyuarat Pegawai Pembangunan Pelajar bermula jam 9 malam sehingga 12.30 malam.
Mata saya telah agak berat apabila pulang ke rumah tetapi minda teringat cogan kata hari kualiti. Saya telah berbaring di katil dan bersedia untuk melelapkan mata apabila tiba-tiba kata-kata mencurah-curah untuk disusun. Ya, dalam lebih kurang 10 minit, tersusunlah lirik lagu berikut dan siap tercipta pada jam 1 pagi 8.1.2008.
AMALAN TERBAIK BUDAYA KITA
Amalan terbaik budaya kita
Marilah kita bersatu hati
Langkah diorak bekerjasama
Azam tingkatkan produktiviti
Amalan terbaik budaya kita
Biasakanlah biar sebati
Tolong menolong ikhlas sesama
Semoga usaha diberkati
Amalan buruk dilenyap saja
Usah disimpan di dalam diri
Kasih mengasih sesama kita
Fitnah memfitnah jauh sekali
Amalan terbaik budaya kita
Setiap bidang di puncak jaya
UiTM Johor jadi ternama
Tanda amalan kita diterima
Hakcipta Lirik oleh Nazhatulshima Nolan
Pada jam 3.45ptg, 8.1.2008, saya emelkan lirik tersebut kepada penggubah lagunya, Encik James Kunaratnam, seorang pensyarah bahasa Inggeris juga. Rentak yang diciptanya agak rancak dan memang sedap didengar dan didendangkan. Walaupun saya tidak dapat menghadiri sesi latihannya,di saat akhir, dapat juga menyertainya. Bila dikenang semula,saya menyertai koir sejak berumur 10 tahun lagi. Tak sangka pula akan menyertainya sehingga bekerja.
P/S: Ada sesiapa yang inginkan bantuan saya mencipta lirik?
4 comments:
salam, setinggi tahniah diucapkan kepada Puan kerana menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sebagai seorang pensyarah.
Setelah membaca keseluruhan 'blog' Puan, memang tidak dinafikan lagi puan juga bagus dalam Bahasa Melayu selain bahasa inggeris.
mdm..
u really like to writting rite?
bagus2x..
teruskan segala usaha anda...
teruskan keinginan..
gapai impian..
genggamkan tangan...
kecapi angan2x...
gudluck on everything you do..
gambatte!
Shima,
Tahniah.
Jumpa dah orang yang sama minat!!
Wanna compare lyrics?
Alfatihah buat Arwah Loloq.
Dueller02,
Terima kasih, 'komitmen dan semangat' timbul kerana minat yang mendalam dan keikhlasan berkongsi ilmu.
Kreiu,
Ya, menulis itu terapi!
SitiNur,
Terima kasih. Baru saja berangan nak berguru dengan Arwah Loloq, seorang penulis lirik yang saya kagumi dan minati. Al-Fatihah untuknya.
Post a Comment