Saturday, February 09, 2008

Apabila Stor Dikemas...

kotak–kotak dibuka
asalnya ingin mencari
buku bank
yang akhirnya ditemui

bukan hanya itu dijumpai

apabila kotak-kotak dibuka
pelbagai nostalgia terusik

kad laporan 1977
sekolah tadika Grace
saya 5 tahun
kad laporan 1979-1984
SRK Tengku Mariam
kad laporan 1985-1989
SMK Temenggong Ibrahim
tempat pertama
di tingkatan Satu
rekod dakwat merah
mulai kelihatan
pada Add Maths dan Kimia
di tingkatan 4 Sains Akaun
ditemui juga
sijil kemenangan pertandingan
tulisan seni khat
peringkat negeri Johor
surat-surat teman lama

Australian High School Diary 1990
tertera serba ringkas
kisah nyata bagai mimpi
pertama kali …
menunggang kuda
menyentuh salji
meluncur ski
meluncur kasut roda ais
berucap di ratusan khalayak
pelbagai bangsa
dari berpuluh negara
bicara tentang Malaysia
tentang bezanya budaya
bezanya hidup di sana
bagai duta Malaysia
berkurung Johor bertudung
memang asing sekali rasanya
melukis lukisan terbesar
seumur hidup
merakam rasa pengalaman
dipamerkan di bank di sana
bertajuk
‘I’ on Australia
memerah susu lembu
memandikan kuda
menanam pohon epal dan pir
membuat pagar di rumah desa
dilamar seorang doktor
ah… semuanya bakal
jadi ramuan novel remaja
atau jibunsyi juga

Diari 1996
tertera kisah tahun akhir
pengajian sarjanamuda TESL
saat bergelar isteri
saat disahkan positif
bakal menimang cahaya mata
saat terasa
tendangan pertama
Afiqah Nadzirah
saat lahirnya
tesis projek kreatif

semuanya bermula
isteri, ibu dan graduan

7 comments:

Anonymous said...

Salam Shima...
Amboiii... cari satu benda, keluar semua rahsia... ekekekekee... now I know u r 2 yrs younger than me. Cuti-cuti ni ke mana?

Nazhatulshima N said...

Tak ke mana-mana pun. Pintu depan rumah pun tidak dilangkah keluar selama 4 hari ini. Inikan pula menjejak tanah. (Rumah di tingkat satu)

Ya,2 tahun dan 5 hari bezanya kita.

Sebenarnya ada banyak nak cerita tapi tak dapat nak emel lagi. Tunggu ya.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Shima,

Semua itu kalau diolah, boleh dibikin buku Jibunsyi...Diary Sebuah Kehidupan.

Jika tidak percaya, tanyalah Puan Ainon!

(Begitu jugalah lahirnya 'Seungu Lavendar' setelah dibimbing olehnya..)

Wasalam

Nazhatulshima N said...

Memang itulah juga hasrat saya Puan Umi. Nantikan karya saya,ya?
Saya masih tidak berjumpa lagi novel sambungan Puan di MPH. Mesti laku keras,ya?

SitiNur77 said...

Ohhh... rajin tulis diari rupanya Pn Shima ni. Saya tak pernah konsisten menulis diari hingga akhir tahun. Memang angat-angat tahi ayam je setiap tahun. :p

Nazhatulshima N said...

Taklah rajin sangat. Tulis pun tak lengkap,setakat beberapa perkataan penting tapi dengan beberapa kata itulah dapat terkenang balik kisah yang berlaku di sebalik tarikh itu. Diari saya penuh dengan catatan tugasan, acara dan peristiwa penting sahaja. Luahan hati masih lagi rahsia. Sekarang lagilah penuh dengan tarikh mesyuarat, bengkel, seminar dan catatan pengajaran. Kalau ada yang rahsia akan saya 'kodkan' supaya andai ada yang terjumpa masih tidak dapat memahaminya.

Ridzuan Affendy said...

Puan, saya rasa puan ada banyak kisah menarik dalam kehidupan puan..
tidak pernah terfikir untuk manghasilkan karya penulisan dalam bentuk novel tentang kehidupan puan terutama ketika belajar di luar negara?
saya akan menjadi orang pertama yang akan membelinya!